Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Rupanya Neelofa Pernah Berjiran Dengan Mona Fandey. Ini Kisahnya!

by Phic ARMAN
April 11, 2018
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka di sebalik filem Dukun yang telah mencetuskan satu fenomena di negara ini, secara tak langsung telah memberi kesan kepada pelakon dan pengacara Neelofa. Menerusi program bual bicara Meletop episod ke-283, pihak produksi telah menjemput barisan pelakon hebat filem Dukun iaitu Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein & Hasnul Rahmat.

Umie Aida berkesempatan berkongsi pengalaman misteri ketika melakonkan watak Diana Dahlan. Umie mendedahkan dia hampir mengalami histeria ketika dia melawat ke bilik gantung sebelum tubuhnya tiba-tiba menggigil dan ketakutan.

Neelofa Tak Tidur 2 Malam

Apa yang menarik, Neelofa juga berkongsi ceritanya selepas menonton filem Dukun sehinggakan dia tak dapat tidur selama 2 hari. Ini kerana watak Diana Dahlan mengambarkan personaliti Mona Fandey yang merupakan bomoh terlibat dalam pembunuhan Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Neelofa mendedahkan bahawa kisah Mona sangat dekat dengan dirinya kerana rumah keluarganya di Kelantan berhadapan dengan rumah keluarga Mona.

“Saya tak boleh tidur selama 2 hari selepas menonton filem Dukun. Sebenarnya saya lahir di sebuah kampung di Kelantan dan secara kebetulan rumah keluarga saya berhadapan dengan rumah Mona. Sehingga sekarang rumah itu masih ada dan kami sekeluarga ada gambar dan pernah makan bersama keluarga Mona suatu ketika dahulu” -katanya

Rumah Mona Fandey Di Kelantan

Jika anda fikir rumah Mona terletak di Shah Alam? di Raub? di Kajang? Sebenarnya hanya satu sahaja rumah sebenar Mona Fandey ini iaitu di Pasir Mas, Kelantan. Sekampung dengan Neelofa.

Hasil pencarian dari murai.my, kami berjaya hubungi keluarga terdekat arwah Mohd Affandi Abdul Rahman iaitu suami ketiga Mona. Menurutnya, rumah Mona  di Salor, Pasir Mas Kelantan adalah milik Affandi sebelum dia bernikah dengan Mona.

Rumah itu telah diduduki oleh  Irwan Affandi yakni anak Affandi dari perkahwinan terdahulu. Rumah itu tidak jauh dengan rumah Neelofa dan difahamkan ia masih didiami namun spekulasi rumah itu di situ tidak benar. Hanya beberapa barang berkaitan dengan kes arwah Dato Mazlan telah dirampas oleh pihak berkuasa.

Dukun Bukan Filem Seram

Bagi kami di murai.my, Dukun bukanlah cerita sebenar dari Mona Fandey. Ia bergantung kepada interpretasi penonton itu sendiri.  Filem ini lebih kepada penyiasatan polis iaitu bagaimana sekumpulan polis mahu mengaitkan kes Diana Dahalan yang sudah didakwa, dengan kes-kes pembunuhan yang tak selesai sejak 10 tahun. Anda kena tonton untuk nilaikan sendiri.

Aisyah Aziz Sah Bergelar Isteri, Pilih Abang PU Riz Sebagai Suami
Datuk Mazlan Idrisdukunfilem dukunmeletopmona fandeyneelofareview filem dukun
https://lomp.at/jgy60
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

by Naddy Joe
February 19, 2026

Aktres dan model, Alicia Amin meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal perubahan fizikal aktor kacak, Meerqeen yang...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tegur Konten Persenda Solat- “Dah Basi Lawak Macam Ni”

by Nurul A.
March 17, 2026

Bab-bab ibadah memang tiada kompromi! Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen berbentuk teguran kepada seorang pemuda di...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon Mimi Lana mengakui industri hiburan tidaklah sekotor seperti yang digambarkan orang lain dan percaya setiap industri mempunyai baik dan...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara