Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Boleh Dipenjara 10 Tahun! Ini Antara Hukuman Yang Boleh Dikenakan Terhadap Safiey Ilias

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

by Khai Azfar
June 14, 2021
Share on Facebook

Baru-baru ini, pihak polis telah mengesahkan usahawan sensasi, Safiey Ilias sudah ditahan di sekitar daerah Kajang pada petang Khamis.

Safiey Dan Rakan Ditahan Reman Tiga Hari 

Rakannya yang dikenali sebagai sebagai Pipi Natasha turut ditahan berikutan bagi membantu siasatan berhubung Video Live di Instagram (IG Live) yang dikatakan telah membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah umur pada lewat tengah malam. Difahamkan, kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Antara Hukuman Menanti Sekiranya Disabitkan Bersalah

Dalam perkembangan berkaitan, perkongsian yang dibuat oleh aktivis menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi antara hukuman yang bakal dihadapi oleh pemilik produk kosmetik itu sekiranya didapati bersalah. Antara hukuman tersebut termasuklah dipenjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

“Saya senaraikan dahulu antara tuduhan yang boleh dikenakan beserta hukuman yang bakal dijatuhkan di bawah Akta 792 sekiranya orang kena tuduh (OKT) tersebut didapati bersalah.

????????????? ?????? ??????? ?????? ?????-?????. (?????? ?????????????)

Seksyen 11(1) : Mana-mana orang yang berkomunikasi secara seksual dengan seseorang kanak-kanak atau mengalakkan seseorang kanak-kanak berkomunikasi secara seksual (melalui apa-apa cara) apabila disabit, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih 3 tahun.

??????????? ?????-????? (????? ????????)

Seksyen 12(1) : Mana-mana orang yang berkomunikasi melalui apa-apa cara dengan seseorang kanak-kanak dengan niat untuk kesalahan di bawah antara lain, Seksyen 14 atau 15 apabila disabitkan, dihukum pemenjaraan selama tempoh tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

????? ??????? ??????? ???? ?????-????? (???????? ?????? ??????????)

Seksyen 14(c) : Mana-mana orang, yang bagi maksud seksual membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri, melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

????? ??????? ????? ??????? ???? ?????-????? (???-???????? ?????? ??????????)

Mana-mana orang yang;

Seksyen 15(a)(i) : bagi maksud seksual, mengatakan apa-apa atau buat bunyi/gerak isyarat atau mana-mana bahagian badannya dilihat oleh seseorang kanak-kanak;
Seksyen 15(c) : melakukan aktiviti yang bersifat seksual di hadapan seseorang kanak-kanak;
Seksyen 15(e) : menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati atau mendengar apa-apa gambaran sama ada dalam bentuk visual/audio mengenai orang itu atau orang lain yang melakukan aktiviti bersifat seksual, atau
Seksyen 15(f) : membuatkan seseorang kanak-kanak melakukan aktiviti bersifat seksual,
Boleh, apabila disabitkan, dipenjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya” kongsinya di laman Facebook

Terdahulu, satu rakaman video tular di media sosial yang melihatkan Safiey dan Pipi bersiaran langsung menerusi platform Instagram Live yang turut disertai oleh dua kanak-kanak lelaki dipercayai berusia 14 dan 15 tahun.Orang ramai mengecam video tersebut berikutan tindakan dua individu tersebut disifatkan sebagai melampau dan biadap apabila berkelakuan tidak sopan termasuk membincangkan isu seksual bersama kanak-kanak.

Safiey Ilias Dakwa Beby Maembong Tak Beri Kerjasama Isu Tuntutan RM80 Juta?-"Jangan Sembang Pacai.."
Pipi NatashaSafiey Ilias
https://lomp.at/fmoib
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara