Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Polis Cari Nur Sajat Bantu Perbicaraan Tipu Nama & Jantina Kad Pengenalan

Sajat merupakan mangsa dan saksi penting perbicaraan tersebut.

by Khai Azfar
June 16, 2021
Share on Facebook

Selain waran tangkap dikeluarkan ke atasnya,usahawan kosmetik sensasi Nur Sajat turut dicari oleh pihak polis bagi membantu perbicaraan berkaitan kes penipuan pertukaran nama dan jantina dalam kad pengenalan pada 14 Julai ini.

Sajat Saksi Penting

Memetik laporan Berita Harian, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman merupakan mangsa dan saksi penting perbicaraan tersebut.

“Muhammad Sajjad saksi penting bagi memberi keterangan ke atas suspek yang juga seorang wanita tempatan yang dituduh sebelum ini kerana terbabit dalam kes penipuan pertukaran nama dan jantina dalam kad pengenalan.

“Dia saksi pendakwaan bagi membantu pihak pendakwa raya dalam kes yang sedang dalam prosiding perbicaraan,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak

Hubungi Polis Jika Ada Maklumat

Terdahulu, Murai.my melaporkan pihak polis sudah mengetahui lokasi Sajat namun tidak dapat mendedahkannya kerana dikhuatiri menganggu siasatan. Difahamkan, usaha pencariannya kini giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Sajat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692 954.

Kali terakhir dia dikesan adalah di alamat No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu.

[VIDEO] Sajat Komen Kes Kantoi Curang Di KK-"Aku Puas Hati Dia Tampar Muka Laki Dia.."
nur sajatsajatWaran Tangkap
https://lomp.at/7r51w
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara