• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita

Seramai 2,500 Penonton ‘Healing’ Di Konsert Sal Priadi

by Naddy Joe
October 15, 2024
Share on Facebook

Suasana di dewan Zepp, Kuala Lumpur pada malam semalam dipenuhi dengan keajaiban apabila konsert yang ditunggu-tunggu oleh semua, “SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR” membawa peminat melewati perjalanan muzik yang mendalam dan penuh ‘healing’! 

Penyanyi dan penulis lagu berbakat asal Malang, Indonesia, Sal Priadi, berjaya menawan emosi ribuan peminatnya dengan persembahan yang luar biasa.

Kehadiran penonton seramai 2,500 orang ternyata menjangkau jangkaan awal dan sokongan yang diterima menjadikan malam konsert itu satu kenangan yang tidak terlupakan.

Konsert dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh artis tempatan iaitu Sissy Imann, yang membawakan lagu ‘Pesanan Ayahanda’.

Kemudian, bintang yang ditunggu-tunggu, Sal Priadi muncul dengan tepukan yang gemuruh lantas mendendangkan lagu ‘Semua Lagu Cinta’ yang diikuti dengan ‘Biar Jadi Urusanku’, ‘Dimana Alamatmu Sekarang’, dan ‘Ada Titik-titik Di Ujung Doa’ dari album keduanya, Markers & Such Pens Flashdisks.

Malam konsert bertambah gamat apabila Sal Priadi menyanyikan lagu ‘Mesra-mesraan Kecil-kecilan Dulu’, lagu viral ‘Dari Planet Lain’, ‘Amin Paling Serius’ dan pastinya lagu wajib, ‘Gala Bunga Matahari’ dengan sorakan penuh emosi dan ada di antara penonton yang hadir kelihatan menitiskan air mata, terkesan dengan bait-bait liriknya yang menyentuh perasaan.

Tahniah diucapkan kepada penganjur Kharisma Music kerana telah menjayakan acara ini dan juga JOEPRC INTERNATIONAL kerana menjemput MURAI hadir ke konsert. Kesempatan untuk menyaksikan persembahan hebat ini tentunya memberi inspirasi kepada peminat muzik di seluruh negara. Semoga lebih banyak lagi konsert seperti ini diadakan di masa hadapan, membawa lebih banyak keceriaan dan pengalaman indah kepada semua.

sal priadi
https://lomp.at/wjpjz
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
Lokal

Syifa Melvin Kongsi Reaksi Saif Selepas Lahirkan Anak Kedua, Para Ibu Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 27, 2026

Umum mengetahui pelakon dan model, Syifa Melvin baru-baru ini telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pagi Isnin. Kongsi Syifa...

Read moreDetails
Lokal

Adam Shahz 7 Bulan Tiada Tawaran Berlakon, Persoal Rakan Mahu Pinjam Wang-“Apa Yang Dia Nampak Kat Aku..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon, Adam Shahz mempersoalkan tindakan salah seorang rakannya yang difahamkan seorang pelakon mahu meminjam wang daripadanya, baru-baru ini. Kongsi Adam...

Read moreDetails
Lokal

Anak Along Eyzendy Kongsi Janji Terakhir Arwah-“Tapi Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Anak lelaki kepada pelakon, Allahyarham Along Eyzendy iaitu Eyman mencetuskan rasa sebak netizen selepas membuat perkongsian mengenai arwah bapanya yang...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  2. 2

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  3. 3

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  4. 4

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  5. 5

    RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore