Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Salah Dari Sisi Islam Ke Tak, Biar Saya Tanggung. Tamak Betul”- Chazynash

by Nurul A.
January 8, 2026
Foto - @chazynash (IG)

Foto - @chazynash (IG)

56
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampaknya isu perceraian pempengaruh media sosial, Chazynash dan bekas isterinya, Fatin Morat terus menjadi perhatian orang ramai. Kali ini  Chazynash, atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah, mendedahkan dia bakal menarik semula mutaah, rumah dan kereta yang sebelum ini pernah diberikan kepada Fatin.

Menerusi hantaran kenyataannya di Instagram, Chazynash memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas berasa tertekan dengan pelbagai provokasi dan gangguan emosi berpanjangan daripada bekas isterinya.

View this post on Instagram

“Setelah sekian lama saya menahan diri, saya telah sampai ke tahap keletihan emosi yang mendalam. Saya tidak lagi mampu meneruskan permainan kotor berpanjangan daripada bekas isteri saya dan pihak-pihak tertentu. Cukuplah dengan segala fitnah, spekulasi dan tohmahan yang dicipta serta disebarkan sehingga menjejaskan emosi, maruah dan kerjaya kami (Chazynash dan bakal isterinya).”

View this post on Instagram

Pada masa yang sama, Chazynash turut menegaskan dia terpaksa menarik semula kemudahan yang diberikan kerana perjanjian damai antara mereka telah terbatal disebabkan oleh Fatin mahu menuntut harta sepencarian.

Dan apabila MURAI menjengah ke ruangan komen, segelintir pengguna media sosial mula mempersoalkan tindakannya itu. Membalas komen tersebut, Chazynash mendedahkan tindakan Fatin untuk menuntut harta sepencarian itu tidak adil memandangkan dia telah memberikan mutaah, rumah dan kereta kepadanya.

View this post on Instagram

“Kalau dah dapat mutaah, janganlah ganggu dan nak tuntut harta sepencarian, saya akan tarik balik mutaah tu. Dia (Fatin Morat) dah langgar perjanjian kami. Bab salah dari sisi undang-undang Islam ke tak tu, biar saya tanggung. Tapi itulah perjanjian yang kami buat. Takkan dah nak tuntut harta sepencarian tapi duit saya bagi tu nak sapu. Tamak betul. Tak adil untuk saya.”

Untuk rekod, Chazynash dan Fatin Morat mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan berpisah pada 23 Januari 2025. Sekitar 26 Disember 2025, Chazynash memaklumkan bahawa dirinya telah bertunang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dengan pilihan hatinya.

"Hormatilah Privasi Kami" - Pempengaruh Chazynash Nafi Bercerai Kerana Terpalit Isu CEO Batu
Chazynashfatin moratmutaahSyed Fernarsh Syed Badlishah
https://lomp.at/tza3y
Share22Tweet14SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Luahan Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim, Netizen Sebak!-“Semua Fokus Hal Kakak Sampai Lupa…”

by Naddy Joe
April 2, 2026

Di sebalik ramai yang memberi tumpuan terhadap puteri sulung pasangan selebriti Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim iaitu Marissa...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon dan usahawan, Karl Shafek menitipkan ucapan terima kasih kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memberikan sokongan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  5. 5

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara