Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Sam Asghari Rindukan Britney Spears Yang Berada Di Pusat Pemulihan?

by Ayden Mikhael
April 14, 2019
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Teman lelaki Britney Spears iaitu Sam Asghari tidak dapat melupakan Britney sehingga Sam memuatnaik video mereka berdua di Instagram baru-baru ini sempena International Kissing Day (Hari Ciuman Sedunia). Seolah-olah Sam terlepas untuk cium Britney. Ini kerana Britney sedang berada di dalam tempat pemulihan mental.

View this post on Instagram

A post shared by Sam Asghari (@samasghari)

Video yang menerima view sebanyak 260,000 kurang dari 15 jam itu menerima banyak komen-komen dari netizen yang meminta Sam supaya bersabar dan tabah dengan dugaan yang diterima.

Di dalam video tersebut ada sedutan-sedutan detik manis mereka berdua seperti bersenam bersama, menari dan banyak aksi mereka yang buat sesiapa menonton akan potong kaki atas kemesraan mereka berdua.

Ini menunjukkan bahawa Sam masih memikirkan tentang Britney dan mereka telah mula menjalikan hubungan semenjak tahun 2016 lagi. Menurut laporan TMZ, Britney Spears  mendaftarkan dirinya ke sebuah pusat sakit mental sejak bulan lepas.

Sumber terdekat turut melaporkan bahawa bapa kepada penyanyi yang suatu ketika dahulu popular dengan lagu, “Baby One More Time” ini, berada dalam keadaan kritikal. Hal ini membuatkan Britney merasakan perkara ini adalah sesuatu yang sukar untuk ditangani. Ayah Britney, Jamie Spears, menjalani 2 pembedahan untuk menghadapi isu berkaitan dengan usus dan kolon beliau.

murai.my mendoakan agar Britney cepat sembuh dan cepat pulang kepada pangkuan keluarga serta teman lelaki beliau.

britney spearsSam Asghari
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem