• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Samsons Bakal Beri Elemen Istimewa Buat Peminat Di KL Pada November Ini

by Naddy Joe
September 11, 2025
Share on Facebook

Selepas 22 tahun menghasilkan karya yang abadi buat para peminat, kumpulan terkenal Indonesia, Samsons kembali mengubati rasa rindu peminat di Malaysia dengan sebuah konsert ‘SAMSONS LIVE IN MALAYSIA- KENANGAN TERINDAH’ yang dijadualkan pada 9 November 2025 di IDEA Live Arena, Damansara 3, Petaling Jaya.

Samsons kini merancang sebuah konsert yang tidak pernah disaksikan sebelum ini sebuah pengalaman imersif yang diinspirasikan oleh lima elemen: angin, bumi, api, air dan logam, ditambah dengan satu elemen istimewa-kasih sayang dan perpaduan yang dijadikan falsafah utama persembahan ini. Keenam-enam elemen ini digabungkan untuk memukau para penonton melalui gabungan hebat antara muzik, visual dan emosi.

Bagi para peminat, lagu-lagu Samsons sering dianggap sebagai emosi yang diterjemahkan ke dalam muzik, surat cinta yang tidak pernah dihantar, kata-kata kasih yang tidak terucap, serta memori yang tersemat jauh di dalam hati.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Di seluruh ASEAN dan seterusnya, karya mereka menjadi latar kepada kisah cinta, kerinduan, pengorbanan, dan naluri manusia untuk menyayangi serta disayangi.

Selaras dengan bab baharu ini, Samsons turut mengumumkan perancangan untuk melancarkan satu inisiatif interaktif di Instagram, di mana peminat di Malaysia akan dijemput untuk berkongsi kata-kata dan perasaan yang berpotensi menginspirasikan sebuah lagu baharu bertemakan kasih sayang dan perpaduan,

Karya ini akan menjadi simbol kepada sebuah pergerakan baharu, ditulis bukan hanya oleh Samsons, tetapi juga bersama peminat mereka.

Tiket Telah Mula Dijual

Tiket untuk konsert SAMSONS LIVE IN MALAYSIA- KENANGAN TERINDAH kini boleh didapati secara eksklusif di Ticket2U.

Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal agar tidak kecewa dan dapat turut serta dalam konsert yang ditunggu-tunggu ini.

Ditubuhkan pada tahun 2003, Samsons merupakan salah satu kumpulan muzik paling berpengaruh dari Indonesia dengan kerjaya yang telah menjangkau lebih dua dekad. Dengan lima album yang berjaya dan lagu-lagu malar segar seperti Kenangan Terindah, Naluri Lelaki, Akhir Rasa Ini, dan Kisah Tak Sempurna,

Samsons kini bersedia melangkah ke era baharu, pergerakan keenam berteraskan kasih sayang dan perpaduan, yang akan diwujudkan bersama peminat mereka.

samsons
https://lomp.at/76ocv
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  4. 4

    Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore