Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Samsung Dedah Bayangan Awal Galaxy Z Fold 7: Rekaan Slim, Kamera AI Makin Canggih

Samsung Sahkan Acara Unpacked Julai Ini — Fold 7 Dijangka Bawa Inovasi Kamera AI

by Phic ARMAN
June 16, 2025
Share on Facebook

Nampaknya Samsung dah mula bagi ‘hint’ tentang produk baharu mereka yang bakal dilancarkan tak lama lagi. Kali ni, tumpuan diberi pada Galaxy Z Fold 7, yang dijangka akan muncul secara rasmi dalam acara Unpacked bulan Julai di New York City. Walaupun belum ada pengesahan penuh, poster yang tertiris awal-awal dah tunjuk reka bentuk yang super slim dan nampak premium habis.

Apa yang lagi menarik, Samsung juga baru-baru ini kongsikan macam mana mereka sekarang fokus besar pada AI dalam kamera. Menurut mereka, zaman sekarang kamera bukan cuma bergantung pada lensa hebat atau sensor besar. Yang penting, macam mana AI, perisian dan perkakasan boleh bekerjasama dengan lancar. Bila semua ni jalan elok, hasil gambar pun lebih tepat, cantik dan… senang!

Kamera Galaxy sekarang ni dah makin ‘bijak’. AI dia boleh cam apa yang kita tengok, tahu bila nak ubah pencahayaan, malah boleh bagi cadangan masa nyata untuk tangkapan yang lebih cun. Bila guna pula dengan skrin besar dan boleh lipat macam Fold, pengalaman rakam gambar atau video memang terasa lain macam, lagi immersive, lagi seronok.

Dan macam biasa, Samsung tak lupa pasal privasi. Semua ciri pintar ni datang dengan sistem keselamatan yang dah built-in. Guna dengan hati tenang, semua data terjaga.

Kesimpulannya? Fold 7 nampaknya bukan je akan jadi paling nipis, tapi paling ‘smart’ juga. Kamera makin bijak, rekaan makin bergaya dan semuanya bakal dilancarkan tak lama lagi.

Galaxy Z Fold 7. Tak sabar nak tengok apa lagi yang boleh dilipat kali ni.

[VIDEO] Pavilion KL ‘Meletup’ Dengan Oppa Lee Soo Hyuk
Galaxy Z Fold 7samsung
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem