• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Sangat Berbahaya, Pakar Neurologi Dedah Betapa Serius Keadaan Kesihatan Salman Khan

by Nurul A.
September 26, 2025
Foto - Variety

Foto - Variety

Share on Facebook

Pelakon popular Bollywood, Salman Khan baru-baru ini mendedahkan bahawa dia sedang menghadapi beberapa keadaan kesihatan yang serius, termasuklah aneurisme otak (Brain Aneurysm) dan kecacatan arteriovenous (Arteriovenous Malformation- AVM).

Bukan itu sahaja, Salman turut mengalami trigeminal neuralgia, iaitu gangguan sakit kronik yang menjejaskan saraf trigeminal di wajahnya. Dalam erti kata lain, saraf yang membawa isyarat dari muka ke otak tidak berfungsi dan dimampatkan, menyebabkan kesakitan yang teruk serta menikam pada wajah.

View this post on Instagram

A post shared by Salman Khan (@beingsalmankhan)

Salman menerusi temu bual, mendedahkan bahawa ia bermula ketika dia menjalani penggambaran filem ‘Partner’ (2007) apabila pelakon Lara Dutta mengalihkan rambut yang berada di wajahnya.

“Ia berlaku secara tiba-tiba dan saya pernah sakit setiap 4-5 minit. Saya pernah mengambil masa kira-kira 30 minit untuk bersarapan. Untuk telur dadar, saya tak boleh mengunyahnya. Ubat tahan sakit tidak membantu.”

View this post on Instagram

A post shared by Salman Khan (@beingsalmankhan)

Pada awalnya, doktor mengesyaki Salman mengalami masalah gigi. Tetapi selepas kesakitan bertambah teruk apabila dia minum, doktor mendapati puncanya adalah masalah saraf. Pada tahun 2011, Salman telah menjalani pembedahan untuk melegakan tekanan pada saraf.

“Saya diberitahu kesakitan mungkin hanya berkurangan sebanyak 20-30 peratus, tetapi syukur ia hilang sepenuhnya.”

View this post on Instagram

A post shared by Salman Khan (@beingsalmankhan)

Melihat keadaan kesihatan Salman, pakar neurologi Dr. Furqan Khan berkata gejala trigeminal neuralgia ialah keadaan kronik saraf yang menyebabkan kesakitan secara tiba-tiba dan melampau seperti renjatan elektrik di wajah.

Keadaan ini biasanya terjadi pada wanita dan orang yang berumur lebih daripada 50 tahun serta ia boleh dirawat dengan rawatan yang sesuai.

Dr. Furqan juga mendedahkan keadaan ini sangat serius dan membahayakan. Akan tetapi ianya boleh dirawat dengan ubat atau pembedahan.

Untuk rekod, walaupun Salman menghadapi masalah kesihatan yang agak serius, pelakon ini tetap aktif dalam kerjayanya dan kini sedang sibuk menjalani penggambaran ‘Battle of Galwan’.

[VIDEO] "45 Minit Yang Menakutkan!"- Salman Khan Hampir Maut Ketika Penerbangan
salman khan
https://lomp.at/7c09s
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Spotlight

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along...

Read moreDetails
Berita

Nazim Othman Ralat Dengan Komen Sinis Netizen Terhadap Aprena Manrose

by Naddy Joe
December 29, 2025

Aktor, Nazim Othman tampil bersuara selepas selebriti wanita yang juga rakan gandingannya dalam sebuah drama, iaitu Aprena Manrose yang mendapat...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
via Instagram @bellaastillah
Lokal

Comel… Gelagat Ayden Nak Jadi Doktor Curi Perhatian Netizen

by Farah Fatihah
December 23, 2025

Anak sulung Bella Astillah, Ayden atau nama penuhnya Mohamed Ayden Adrean bin Mohammad Aliff, terus mencuri perhatian ramai dengan kepintaran...

Read moreDetails
Berita

Erma Fatima Bersuara Selepas Dituduh Terbit Filem Mengarut!

by Naddy Joe
January 16, 2026

Pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima tampil membidas DM (Direct Messages) salah seorang netizen yang menganggap hasil karyanya mengarut dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore