Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Asia

Sangat Pentingkan Kecantikan, Fan Bingbing Dedah Lakukan ‘Ritual’ 700 Topeng Muka

by Nurul A.
January 8, 2026
Foto - @bingbing_fan (IG)

Foto - @bingbing_fan (IG)

18
KONGSIAN
Share on Facebook

Walaupun sudah lama menghilangkan diri daripada industri hiburan gara-gara skandal pengelakan cukai terbesar dan disenaraihitamkan di tanah besar China, pelakon Fan Bingbing masih dianggap sebagai selebriti wanita yang paling cantik.

Baru-baru ini, pelakon filem “Mother Bhumi” ini telah menceburkan diri dalam industri komestik dengan melancarkan jenama penjagaan kulitnya iaitu Fan Beauty Diary.

View this post on Instagram

Bersempena dengan pelancaran jenama penjagaan kulitnya itu, Fan mengakui dia sangat mementingkan kesihatan kulit wajahnya dan sering menggunakan sehingga 700 topeng muka untuk ritual kecantikannya.

“Penjagaan kulit lebih penting. Telefon saya… Kadang-kadang saya boleh tinggalkan juga tetapi saya masih perlu lakukan penjagaan kulit setiap hari.”

View this post on Instagram

Memetik kenyataan Fan, pelakon berusia 44 tahun itu menggunakan topeng muka secara berkali dan kadangkala dua kali sehari. Hasilnya, Fan boleh menggunakan lebih 700 topeng muka setiap tahun dan wajib tanggalkan alat solek sebelum tidur.

“Ini merupakan tahun ke-30 saya dalam industri hiburan. Sepanjang tempoh ini, saya tidak pernah sekali pun tidur tanpa menanggalkan alat solek saya.

Walaupun saya berparti dan saya sangat letih atau mabuk sehingga saya tertidur, saya akan bangun pada pukul 2 pagi dan perkara pertama yang saya lakukan ialah menanggalkan solekan dan memakai topeng muka sebelum tidur semula.”

View this post on Instagram

Fan Bingbing yang dikenali kerana kecantikannya, mendedahkan bahawa dia tidak pernah berasa tidak yakin dengan penampilannya.

“Saya tidak pernah. Saya tidak mendengar apa yang orang katakan tentang saya. Saya mempunyai pendapat saya sendiri tentang penampilan dan estetika saya. Jadi saya tidak akan dipengaruhi dengan pendapat orang lain.”

Disebabkan oleh kecantikannya yang luar biasa, Fan Bingbing akui dia tidak menggunakan filter atau mengedit ketika mengambil gambar. Akuinya, wajahnya akan kelihatan hodoh jika lakukan perkara itu

Fan Bingbing Bersama Aaron Aziz & Nazim Othman Di Sunway Pyramid?
fan beautyfan beauty diaryfan bingbing
https://lomp.at/iet2n
Share7Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Foto - @amir.ahnaff (IG)
Lokal

[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib

by Nurul A.
March 13, 2026

Nama pelakon Amir Ahnaf menjadi perbualan ramai selepas video pendeknya yang berkongsi ciri-ciri wanita idaman telah tular di media sosial....

Read moreDetails
Spotlight

‘Malam Tiga Syukur’, Dalami Pengertian Qana’ah Raya Ini

by Naddy Joe
March 8, 2026

Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Lokal

Ikmal Amry ‘Throwback’ Jadi Peminat Amyra Rosli, Curi Perhatian Netizen!-“Sekarang Dia Pula Kena Panggil Saya Abang..”

by Naddy Joe
April 9, 2026

Aktor, Ikmal Amry mencuri perhatian netizen selepas mengimbas kembali kenangan dirinya yang menjadi peminat kepada pelakon jelita, Amyra Rosli. Pasang...

Read moreDetails
Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  5. 5

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara