• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sanggup Terima Apa Sahaja Kecaman, Ubai Akui Sudah Bersedia Mental Selepas Bergelar Suami Shila Amzah

by Puteri Alia
August 1, 2023
Share on Facebook

Cabaran lepas kahwin, hidup berdua banyak bezanya! Perangai kita sendiri dulu tak keluar pun akan keluar. Melayari kehidupan sebagai suami isteri sememangnya banyak cabaran.

Bila sudah bergelar suami dan isteri banyak cabaran yang akan dihadapi apatah lagi untuk serasikan diri. Sewaktu bercinta sangat berbeza kehidupan selepas mendirikan rumahtangga.

Berbahas soal ini, pempengaruh media sosial, Ubai Mz memaklumkan sudah bersedia dengan mental yang kuat untuk menghadapi apa saja dakwaan yang timbul selepas bergelar suami kepada penyanyi, Shila Amzah.

Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli dihubungi berkata, dia tidak boleh menutup mulut orang untuk berhenti bercakap apa saja yang mereka mahu.

“Apa yang saya tahu, saya mengahwini Nurshahila. Saya tak kahwin dengan Shila Amzah. Bagi saya, Shila Amzah adalah orang lain, orang yang berbeza.

“Jadi, dari segi orang cakap kewangan ke apa, yang itu (pendapatan) memang saya pun ada kerja saya. Sha (Shila) dengan kerja dia. Kami dua-dua bekerja.

“Bukannya, saya hanya macam menumpang dia ke, tak ada pun. Saya tak ada nak tumpang ke apa, kami memang sama-sama. Untuk persiapan perkahwinan ini pun, kami bekerjasama buat semuanya.

“Banyak persepsi orang bila kahwin dengan selebriti, lagi-lagi bila kita pula tak dikenali seperti mana pasangan, jadi banyaklah kata-kata yang kurang enak. Tapi, benda-benda itu saya tak endahkan. Sebabnya, dalam perhubungan ini, saya dan Sha. Kami pun memang tiada apa-apa masalah,” katanya.

Terdahulu, Ubai dan Shila selamat mengikat pertunangan pada 27 Mei lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga, saudara rapat dan kenalan masing-masing.

Pasangan ini bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 5 Ogos ini di Ampang, meskipun Ubai baru kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Rohani Jamal, 52, pada petang Ahad lalu akibat penyakit kanser ovari.

“Kami Bukan Beli Satu Percuma Satu” – Shila Amzah Terkilan Ditawar Kerja Pakej Suami Isteri

Ubai dan Shila mula menjalin hubungan rapat sejak tahun lalu. Namun, mereka mengaku bercinta pada Februari lalu menerusi penjelasan dibuat dalam sesi siaran langsung di TikTok.

Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018 tetapi bercerai tahun lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais, 4.

shila amzahUbai
https://lomp.at/ttib8
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @srkajolscenes (IG)
Bollywood

Jika Bukan Kerana Ayat ‘Pedas’ SRK, Agaknya Kajol Sudah Lama Berhenti Berlakon

by Nurul A.
November 19, 2025

Aktres Bollywood, Kajol baru-baru ini mengimbau kembali perjuangannya semasa fasa awalnya sebagai seorang pelakon. Dalam beberapa temu bual lamanya, Kajol...

Read more
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Gaya Hidup Terlalu Boros, Victoria Beckham Hampir Muflis

Rasanya semua orang tahu bahawa isteri David Beckham iaitu Victoria Beckham ini terkenal dengan imej glamor dan gaya hidupnya yang...

Read more
by Nurul A.
October 27, 2025
Foto - Koreaboo
Korea

Ingatkan Radang Mata, Rupanya Lee Dong Gun Hidapi Penyakit ‘Rare’ Tidak Boleh Diubati!

Pelakon Korea Selatan, Lee Dong Gun telah disahkan menghidap ankylosing spondylitis semasa penampilannya di episod akhir program realiti 'My Little Boy'...

Read more
by Nurul A.
September 30, 2025
Lokal

Dihalang Jumpa Isteri, Kamal Adli Hadiahkan Telekung Buat Uqasha Demi Pujuk Hati Yang Tertutup

Bagi memujuk insan tersayang yang kini menjauh, pelakon Kamal Adli memilih cara paling lembut dan penuh simbolik, menghadiahkan sepasang telekung...

Read more
by Puteri Alia
October 28, 2025
Lokal

Johan Tegas Harta Bukan Untuk Anak-Anak, Semua Usaha Demi Isteri Tercinta Ozlynn

Pelawak popular yang kini bergelar penyampai radio dan usahawan berjaya, Johan, menegaskan segala kerja keras dan titik peluh yang dilakukannya...

Read more
by Puteri Alia
October 20, 2025
Lokal

[VIDEO] “Aku Akan Ganyang Laki Aku Kalau Ada Penyondol”-Datin Shahida

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Datin Shahida memberitahu sekiranya suaminya ada perempuan lain, beliau akan memukul suaminya itu...

Read more
by Noah Ab
November 4, 2025
Foto - @iamsrk (IG)
Bollywood

Apabila Aktres Jelita Ini Akui Keseksian SRK Tiada Tandingan- “Seksi? Segala-Galanya!”

Aktres Bollywood, Priyanka Chopra tidak pernah menyembunyikan rasa kagumnya terhadap King of Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK). Selama bertahun-tahun, aktres...

Read more
by Nurul A.
November 5, 2025
Lokal

[VIDEO] Bos Mydin Buat Trend ‘Jamilah’, Netizen & Selebriti Terhibur!-“Tidur Luar Malam Ni Kan?..”

Sebelum ini nama pelakon, Que Haidar menjadi bualan ramai selepas memuatnaik video dirinya menyanyikan lagu 'Jamilah' sambil baring di atas...

Read more
by Naddy Joe
November 6, 2025
Korea

PM Anwar Kongsi Persembahan G-Dragon, Peminat Mohon Konsert 3 Hari Berturut-Turut!

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencuri perhatian warganet apabila berkongsi klip 36 saat persembahan G-Dragon pada makan malam Pemimpin-Pemimpin...

Read more
by Aphit J.
November 1, 2025
Foto - Hib Glam
Lokal

[VIDEO] Pak Nil Dedah Ditegur Imam Besar Masjid Negara- “Puas Hati, Dah Lama Aku Nak Cakap Pasal Ni”

Baru-baru ini, pengacara terkenal Malaysia iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi telah membuatkan warganet terkejut dengan pendedahannya di sebuah podcast. Menerusi...

Read more
by Nurul A.
October 1, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  4. 4

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

  5. 5

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore