Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Sarung Kostum Pocong Ketika ‘Mumun’, Acha Septriasa Akui Lihat Makhluk Halus Sebenar

by Soph Azz
July 14, 2025
Foto - @deecompany_official (IG)

Foto - @deecompany_official (IG)

Share on Facebook

Rasanya tak semua orang kuat dan mampu untuk hadapi perkara yang sama.

Aktres Indonesia, Acha Septriasa pernah berkongsi pengalamannya yang agak menakutkan ketika menjalani penggambaran filem ‘Mumun’ pada dua tahun yang lalu. Akuinya, dia melihat makhluk halus secara jelas ketika sedang memakai kostum pocong.

Ketika kejadian, Acha memberitahu bahawa dia sedang disolek untuk melakonkan watak pocong dalam filem seram komedi tersebut. Waktu tersebut menujukkan pukul 4.30 pagi (5.30 pagi waktu Malaysia), apabila Acha melihat ke arah set rumah untuk penggambarannya.

View this post on Instagram

A post shared by DEE Company (@deecompany_official)

Semasa dia melihat ke arah rumah tersebut, Acha mendedahkan dia ternampak sesuatu yang agak pelik di bahagian bumbung rumah. Aktres itu seperti melihat sesuatu yang sangat tinggi dan memanjang ke atas.

“Ketika saya menjadi pocong, saya terpaksa begini (tangan bersilang) dan berpakaian sebehitu. Jadi saya hanya memandang ke hadapan, ke atas. Bila saya tengok atas bumbung, ada sesuatu dan tinggi, panjang, putih dan saya nampak betul-betul!”

View this post on Instagram

A post shared by Acha Septriasa (@septriasaacha)

Pada masa yang sama, Acha turut mengadu kepada penolong pengarah filem ‘Mumun’ mengenai keanehan yang dilihatnya. Dia ingin mengesahkan sekali lagi sama ada figura yang dilihatnya itu betul atau pun tidak.

“Kemudian saya cuba menyakinkan diri saya sama ada itu benar-benar apa yang saya lihat? Kemudia saya menelefon penolong pengarah, saya berkata, “Betul atau tidak saya rasa saya nampak sesuatu, suba lihat apa yang ada di sana (atas bumbung)”. Ketika itu penolong pengarah saya cakap, “Banyakkan istighfar”. Kemudian saya berkata, “Okay, saya baru solat. Tapi awak nampak kan?”. Dia berkata ya.”

View this post on Instagram

A post shared by Rizal Mantovani (@rizalmantovani)

Bagaimanapun, Acha meneruskan kerjanya secara profesional. Menurutnya, pengalaman ini telah membuka semula sensitivitinya terhadap perkara mistik yang pernah dirasainya sebelum ini.

Sekadar info untuk kamu, filem ‘Mumun’ mengisahkan tentang seorang wanita bernama Mumun yang meninggal dunia secara tragis dalam kemalangan. Selepas jenazah Mumun dikebumikan, Husein si penggali kubur, terlupa membuka tali kain kafan dan jenazah Mumun bangun dari kubur untuk meminta talinya dibuka.

Acha Septriasafilem mumunmumun
https://lomp.at/4qh7i
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG)
Lokal

Netizen Tersentuh Dengan Pesanan Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”

by Nurul A.
March 4, 2026

Pelakon Fazura mencuri perhatian ramai sekali lagi apabila berkongsi luahan panjang yang penuh dengan makna di platform Threads. Berdasarkan pemerhatian...

Read moreDetails
Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara