Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sathiya Hilang Kaki Kiri, Netizen Desak Kerajaan Hulur Bantuan

by Puteri Alia
September 23, 2025
Share on Facebook

Pelawak dan pelakon berpengalaman, Sathiya, 61, disahkan selamat menjalani pembedahan pemotongan kaki kirinya di sebuah hospital baru-baru ini. Berita itu mengejutkan ramai pihak apabila foto beliau duduk di katil hospital dengan kaki kiri yang sudah dipotong hingga paras lutut tular di laman Facebook sebuah portal berita tempatan.

Sebelum ini, dalam temubual bersama Harian Metro pada 25 Ogos lalu, Sathiya ada memaklumkan bahawa terdapat kemungkinan besar kakinya terpaksa dipotong sekiranya jangkitan kuman terus merebak. Namun, pada 1 September, beliau berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan bahawa pembedahan itu tidak perlu dilakukan. Justeru, perkembangan terbaharu ini nyata mengundang rasa sebak dan simpati banyak pihak.

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, netizen meluahkan rasa sedih di samping menitipkan doa agar pelakon yang cukup popular menerusi watak Ravi dalam sitkom legenda Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu segera sembuh dan tabah menghadapi ujian getir ini. “Selama berdekad-dekad, dia menghadirkan keceriaan, tawa dan senyuman kepada jutaan rakyat Malaysia menerusi persembahan yang tidak lapuk ditelan zaman. Seorang insan yang begitu banyak menabur kebahagiaan kepada masyarakat wajar diberi penghargaan, sokongan dan perhatian pada saat sukar ini,” tulis seorang netizen.

Malah, ada juga yang menggesa pihak kerajaan serta badan berwajib agar tampil menghulurkan bantuan sewajarnya sebagai tanda penghargaan terhadap jasa besar Sathiya dalam industri hiburan. Sumbangan beliau dalam dunia seni komedi dianggap begitu signifikan sehingga namanya sentiasa segar dalam ingatan peminat.

Dalam pada itu, ribuan warganet terus mendoakan agar Sathiya cepat pulih, diberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk menjalani kehidupan baharu selepas pembedahan. “Teruslah tabah, Sathiya, seluruh negara sedang mendoakan kesihatan dan pemulihan anda,” tulis seorang pengguna lain. Bagi mereka, pelawak ini bukan sekadar penghibur, tetapi ikon yang pernah mewarnai kehidupan rakyat Malaysia dengan tawa dan keceriaan.

Sathiya
https://lomp.at/iwdmc
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Dulu Dilabel Kayu, Lakonan Sharifah Rose Akhirnya Bersuara Sendiri

by Phic ARMAN
February 6, 2026

Drama Doa Yang Terlindung yang kini bersiaran menerusi Slot Akasia nyata mencuri perhatian penonton, bukan sahaja kerana jalan ceritanya, malah...

Read moreDetails
Spotlight

“U Rasa Indonesia Bagus Sangat Ke?”- Allan Anderson Ditegur Aktres Veteran Malaysia

by Phic ARMAN
February 4, 2026

Kadang-kadang, cerita paling melekat dalam dunia hiburan bukanlah tentang kemenangan atau trofi, tetapi detik jujur yang berlaku tanpa skrip. Itulah...

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Spotlight

“Jadi Bodoh Lebaran?- Kamal Adli Curi Perhatian, Beraya Dalam Suasana Berbeza Tahun Ini

by Phic ARMAN
March 22, 2026

Nama pelakon popular Kamal Adli sekali lagi menjadi perhatian apabila berkongsi luahan jujur dan bersahaja mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara