Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Saya Anggap Mommy Macam Ibu Kandung”- Talita Luah Kasih Sayang Pada Watie & Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Farah Fatihah
December 11, 2025
via Instagram @iamwatie

via Instagram @iamwatie

39
KONGSIAN
Share on Facebook

Keluarga pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu atau nama sebenar Shahmira Muhammad, sekali lagi menarik perhatian ramai apabila anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra binti Shahmira atau nama panggilannya Talita , tampil memberi ucapan yang sangat menyentuh hati sempena majlis graduasinya.

Sejak pemergian arwah Siti Sarah, keluarga ini sering menjadi contoh kekuatan dan kasih sayang, lebih-lebih lagi dengan kehadiran isteri baharu Shuib, Watie atau nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah binti Hanifiah, yang berjaya melengkapkan kembali kebahagiaan anak-anak.

Sekadar info tambahan, Shuib dan Watie telah berkahwin pada 23 Jun 2023 dan Talita merupakan anak kedua dari hasil perkahwinan Shuib dengan arwah Siti Sarah.

Ucapan Talita Buat Ramai Rasa Sebak

Video Talita memberi ucapan di majlis graduasinya telah tular di Tiktok dengan akaun @BB International School dan video tersebut telah membuatkan warganet rasa sebak dan menyentuh hati mereka.

@official_bbis

A student’s tear-jerking tribute to her late mother and stepmother. Prepare your heart. #fyp #BBIS #BrainyBunch #BeSignificant #SuccessInBothWorlds #Graduation2025 #talita

♬ original sound – BB International School – BB International School

Dalam ucapannya, Talita memulakan dengan kata-kata yang buat ramai tersentuh.

“Pertama sekali, saya nak berterima kasih kepada ibu bapa saya, terutamanya ayah, ibu (arwah Siti Sarah) dan mommy, iaitu Watie,” katanya dengan penuh rasa syukur.

Talita turut mengungkapkan kerinduan yang tak pernah padam terhadap arwah ibunya.

“Ibu, walaupun awak tak sempat tengok saya tamatkan sekolah, saya tetap sayang ibu,” luahnya sambil menahan sebak.

Yang lebih menyentuh, Talita turut mengucapkan penghargaan khusus buat ibu tirinya, Watie.

“Untuk mommy saya, Watie… Walaupun orang nampak awak sebagai ibu tiri, tapi saya dah anggap awak macam ibu kandung,” katanya, menunjukkan betapa kuatnya hubungan di antara mereka.

Menjengah di ruangan komen, warganet meninggalkan komen positif dan memuji kematangan Talita.

“Dekta dah matang… bila ibu tiri sayang dengan ikhlas, kasih tu akan nampak pada anak. Besar pahala Watie jaga anak yatim dengan penuh kasih sayang.” Kata seorang penonton.

“Itu tandanya Talita menghargai ibu yang sudi menggantikan arwah. Watie memang berjaya ambil hati anak-anak Shuib. Tahniah Watie, dan Talita pun seorang anak yang baik.”

Komen ini menggambarkan penghargaan masyarakat terhadap keikhlasan Watie yang menjaga anak-anak Shuib tanpa sebarang perbezaan.

Warganet melihat bagaimana Talita membesar sebagai seorang anak yang matang dan tahu menghargai kasih sayang yang diberikan kepadanya. Ini bukan sahaja mencerminkan keperibadian Talita, tetapi juga didikan ayahnya, Shuib, yang memastikan hubungan mereka kekal harmoni walaupun melalui fasa kehilangan.

Ramai berpendapat bahawa penerimaan Talita terhadap Watie sebagai “ibu kandung” menunjukkan betapa pentingnya kasih sayang yang ikhlas dalam membentuk hubungan keluarga baharu. Ia membuktikan bahawa status ibu tiri bukan penghalang untuk mempunyai ikatan yang kuat, asalkan ada kejujuran dan niat yang baik.

Momen ini menunjukkan bahawa kasih sayang sebenar tak bergantung pada hubungan darah, tetapi pada keikhlasan hati untuk menyayangi dan menerima satu sama lain sebagai keluarga.

[VIDEO] Gelagat Talita & Watie Hanifiah Main 'We Listen We Don't Judge' Curi Perhatian Ramai!
Arwah siti sarahGraduasishuibtalitaWatie
https://lomp.at/2ypk9
Share16Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Foto - @elizabethtan (IG)
Lokal

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi ‘Boyfriend Online’- “Tak Kisah I Isteri Orang”

by Nurul A.
January 27, 2026

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi bualan ramai selepas berkongsi mahu mencari kekasih dalam talian, menerusi hantarannya di platform Threads....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!

by Naddy Joe
February 17, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas dilihat berarak ala kisah 'Ali Baba & 40 Penyamun'...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
Foto - @dyavol.x (IG)
Bollywood

Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

by Nurul A.
January 30, 2026

MURAI yakin peminat Bollywood di luar sana panik selepas dengar khabar angin ini! King of Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara