• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Saya Bayar RM50,000, Jangan Siapa Berani Marah Anak Saya!” – Kak KM Backup Anak Kesayangan

by Puteri Alia
August 7, 2025
Share on Facebook

Isu penarikan diri anak usahawan sensasi Kak KM daripada latihan kru kabin di sebuah syarikat penerbangan Singapura menjadi perdebatan hangat di media sosial apabila warganet mendakwa Nabila Razman, 22, sebenarnya gagal melepasi sesi pemilihan. Namun, Kak KM tampil mempertahankan anak gadisnya itu dan menegaskan keputusan untuk berundur dibuat atas permintaan dirinya sendiri kerana tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima anaknya semasa dalam latihan.

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, tindakan tersebut diambil kerana beliau berasa tidak selesa apabila Nabila dikatakan dimarahi pihak pengurusan, sedangkan sebagai ibu, dia mahu anaknya dihormati dan dilayan dengan baik. Katanya, “Saya besarkan anak bukan untuk orang lain sesuka hati marah dia. Jadi, kenapa bila saya hantar ke sana hendak marah dia pula?”

Beliau juga menyatakan sanggup membayar penalti mencecah puluhan ribu ringgit hanya untuk membawa pulang anaknya dari negara tersebut, dan mengakui jumlah yang dibayar boleh mencecah sehingga RM50,000. Baginya, kerugian itu tidak sebanding dengan ketenangan hati melihat anaknya kembali berada di sisi.

Menolak sepenuhnya tuduhan bahawa Nabila gagal, Kak KM mempertikaikan logik di sebalik dakwaan tersebut. “Kalau tak lepas, takkan dia dapat tiket penerbangan, tempat tinggal dan jadual? Kalau dah kena tolak, takkan pula kena bayar penalti?” soalnya sambil menyifatkan tuduhan tersebut tidak masuk akal dan hanya spekulasi tidak berasas.

Dia juga mengakui bahawa Nabila mengalami tekanan emosi susulan kecaman yang diterima dalam talian kerana masih muda dan belum kebal dengan kritikan seperti dirinya yang sudah lama berdepan pelbagai kontroversi. Namun sebagai ibu, dia cuba menenangkan dan memberikan sokongan moral kepada anak sulungnya itu.

Kontroversi ini tercetus selepas Nabila mengumumkan pengundurannya daripada program latihan di Singapura melalui media sosial, yang kemudiannya menjadi sasaran pelbagai sindiran netizen. Ada yang menyindir kononnya Nabila hanya “hangat-hangat tahi ayam” atau tidak cukup berkualiti untuk berada dalam industri penerbangan.

Namun bagi Kak KM, kejayaan anaknya melepasi peringkat temuduga sudah memadai sebagai bukti bahawa Nabila sebenarnya mempunyai kelayakan. Sekali temuduga sudah berjaya tembus, tegasnya, adalah sesuatu yang tidak wajar direndahkan sewenang-wenangnya.

Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini sememangnya tidak asing dengan dunia kontroversi, namun kali ini beliau memperlihatkan sisi keibuannya yang tegas mempertahankan anak daripada tekanan luar. Biarpun tindakan itu mengundang kecaman segelintir netizen, Kak KM kekal dengan pendirian bahawa kebahagiaan dan keselamatan anak lebih utama daripada mengejar prestij jawatan yang belum tentu menjanjikan kesejahteraan emosi.

kak km
https://lomp.at/n4eie
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Dari Penjara ke Istana: Detik Pertemuan Penuh Emosi Dr. Malik Dengan Sultan Selangor

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore