Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Saya Bukan Budak-Budak Nak Pergi Kelab”- Beego Nafi Ligat Berhibur, Dakwa Cuma Hadir Majlis Hari Jadi

by Puteri Alia
October 23, 2025
Share on Facebook

Pelakon dan pengarah, Beego, tampil menjernihkan keadaan selepas tersebarnya dakwaan kononnya dia dilihat berhibur di kelab malam bersama beberapa rakan wanita. Menafikan tuduhan tersebut, Beego atau nama sebenarnya Aszerul Nizam Abdullah, 45, menjelaskan video yang tular itu sebenarnya dirakam ketika dia menghadiri majlis hari jadi di sebuah pusat karaoke eksklusif, bukannya kelab malam seperti yang disebarkan.

“Saya memang tak pergi kelab malam, dah bertahun tak jejak pun kaki ke sana. Video itu sebenarnya semasa saya menghadiri majlis hari jadi di pusat karaoke eksklusif. Saya bukan budak-budak nak pergi kelab malam. Kalau pergi karaoke pun, saya pilih yang ‘high end’. Tak salah pun pergi majlis hari jadi, tapi kalau betul saya di kelab malam, tunjuklah bukti,” katanya.

Beego dalam masa sama mencabar pihak yang menularkan dakwaan tersebut untuk mengemukakan bukti kukuh jika benar mereka memiliki rakaman yang menunjukkan dirinya berada di kelab malam. Katanya, penyebaran fitnah tanpa asas hanya mengeruhkan keadaan, terutama apabila melibatkan maruah dan keluarga.

Dalam pada itu, Beego turut menegaskan bahawa isterinya, pelakon Linda Hashim, tidak terlibat dalam penyebaran video tersebut seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Saya tak nafikan pernah ke kelab malam suatu ketika dulu, jadi tak perlu saya tipu. Tapi takkan hanya dengan sekeping gambar orang dah boleh hukum? Saya yakin Linda tak terlibat sebar benda ini, tapi mungkin ada yang jadi mata-matanya. Saya tak peduli pun. Allah jadikan syaitan yang tak nampak, tapi ada juga syaitan nyata  orang macam inilah yang suka rosakkan rumah tangga orang,” katanya dengan nada kesal.

Beego turut membalas dakwaan bahawa dia berpura-pura baik dengan menyertai kumpulan tabligh selepas video itu tular. Menurutnya, langkah menyertai tabligh bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya sebagai usaha mencari ketenangan diri dan menebus dosa silam.

Linda Hashim Kesal Beego Abai Nafkah Anak-Anak?-"Mana Bapa Anak-Anak Ni?.."

“Saya pergi sana untuk cari diri sendiri dan nak tebus dosa. Saya juga nak tebus masa dengan Allah Taala. Saya tak minta pun gambar saya bersama jemaah tabligh disebarkan, itu di luar kawalan saya,” ujarnya.

Terdahulu, kisah seorang aktor yang didakwa ligat berhibur di kelab malam bersama beberapa wanita menjadi perbualan hangat di media sosial, sehingga mencetuskan spekulasi bahawa pelakon tersebut sedang berdepan kemelut rumah tangga. Namun, Beego menegaskan bahawa dia tidak gentar dengan tohmahan dan menyerahkan segalanya kepada Allah untuk menegakkan kebenaran.

beego
https://lomp.at/gym5b
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ieda Moin Kongsi Realiti Sebagai Seorang Artis-“Berbekalkan Populariti, Followers Berjuta, Kontroversi..”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang artis yang kini lebih kepada populariti dan bilangan pengikut di...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Berita

Erma Fatima Bersuara Selepas Dituduh Terbit Filem Mengarut!

by Naddy Joe
January 16, 2026

Pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima tampil membidas DM (Direct Messages) salah seorang netizen yang menganggap hasil karyanya mengarut dan...

Read moreDetails
Foto - @dyavol.x (IG)
Bollywood

Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

by Nurul A.
January 30, 2026

MURAI yakin peminat Bollywood di luar sana panik selepas dengar khabar angin ini! King of Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan...

Read moreDetails
Berita

Nad Zainal Kongsi Sikap Ungku Ismail Ketika Awal Kehamilan, Netizen Terhibur!-“Lelaki Memang Gitu..”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Umum mengetahui pelakon, Nad Zainal baru sahaja berkongsi khabar gembira mengenai dia yang kini sedang hamil cahaya mata keempat. Nad...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Insentif Mahasiswa Anak Johor RM200 Dibuka Untuk Pelajar IPT, Ini Cara Mohon & Semak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara