Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Saya Dah Serik, Tak Mahu Masuk Campur Dengan Pihak Sana”- Umisya Mazlan

by Nurul A.
March 31, 2026
Foto - @umisyamazlan (IG) / @marissadania_ (IG)

Foto - @umisyamazlan (IG) / @marissadania_ (IG)

Share on Facebook

Pempengaruh Umisya Mazlan tampil memberi penjelasan selepas namanya didakwa sering dikaitkan dengan isu rumah tangga suaminya, Ahmad Maslan dan isteri kedua, pempengaruh Marissa Dania Hakim.

Menerusi hantaran terbarunya di platform Threads, Umisya meminta orang ramai untuk tidak lagi mengaitkan dan menyalahkan dirinya serta anak-anak dalam isu berkenaan.

View this post on Instagram

“Saya Umisya isteri pertama Aslam, yang tidak ada kena mengena sama sekali dengan isu yang berbangkit yang digembar gemburkan oleh orang ramai, ataupun keluarga pihak sana. Saya sama sekali, dah serik dan taknak masuk campur dengan hal peribadi isu rumah tangga suami saya dengan pihak sana.

Tapi setelah banyak sangat fitnah dan kata-kata hinaan yang saya, keluarga dan anak-anak saya kena, sehinggakan saya tidak patut dipersalahkan sama sekali bahkan anak saya yang masih kecil dan tidak berdosa dalam hal ini, terkena tempias juga.”

View this post on Instagram

Terpaksa ‘flashback’ semula kisah yang cuba dilupakan, Umisya dengan tegasnya mendedahkan punca yang menyebabkan terpaksa menularkan isu tersebut suatu ketika dahulu.

“Di sini saya tegaskan ‘Sebelum ini’ kenapa saya viralkan di Twitter perkara tersebut kerana saya diminta oleh keluarga pihak sana dengan harapan hentikan hubungan mereka.”

Umisya Tak Henti Menasihati Aslam & Marissa

Sebelum tularnya isu rumah tangganya diganggu pihak ketiga, Umisya mengakui dia telah berusaha keras dan konsisten dalam menasihati Aslam dan juga Marissa.

Foto – @umisyamazlan (Threads)

Namun selepas memberi bermacam nasihat dan diprovokasi oleh pihak ketiga, Umisya memilih untuk mendiamkan diri supaya namanya tidak lagi disebut-sebut dalam hal tersebut.

Bantah Sekeras-Kerasnya Poligami 

Dalam hantaran yang sama, Umisya turut mendedahkan bahawa dia menolak untuk berpoligami. Malah dia juga mengambil keputusan untuk berpisah tetapi hasratnya itu dihalang oleh keluarga mentua.

Foto – @umisyamazlan (Threads)

Memikirkan nasib anak-anaknya yang masih lagi kecil, Umisya meneruskan perkahwinan kerana mahu memberi pengajaran kepada Aslam dan Marissa Dania Hakim.

Umisya Pernah Diceraikan 

Bagi menjelaskan hal yang sebenar, Umisya mendedahkan bahawa pernah diceraikan oleh Aslam. Dan situasi itu berlaku ketika suaminya belum berkahwin dengan isteri kedua.

Foto – @umisyamazlan (Threads)

Untuk rekod, Umisya Mazlan dan Ahmad Aslam mendirikan rumah tangga pada Julai 2020 sebelum bercerai pada September 2023. Mereka kemudiannya rujuk semula dalam tempoh iddah. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

“Mama Rindu Adik Yang Dulu” – Abby Abadi Luah Rasa Sayu Sempena Hari Lahir Marissa Dania, Netizen Sebak Ingat Konflik Lalu
ahmad aslamaslamMarissamarissa daniaMarissa Dania Hakimumisyaumisya mazlan
https://lomp.at/gb953
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
Spotlight

Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

by Phic ARMAN
March 11, 2026

Baru-baru ini, nama Diana Danielle hangat kat media sosial bila ramai mula berspekulasi, “Eh, Diana tengah bercinta ke dengan kekasih...

Read moreDetails
Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Spotlight

‘Malam Tiga Syukur’, Dalami Pengertian Qana’ah Raya Ini

by Naddy Joe
March 8, 2026

Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Kenang Pengalaman Pertama Berpuasa- “Saya Takut Emak Marah”

by Nurul A.
February 19, 2026

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadinya berpuasa semasa bulan Ramadan. Berdasarkan perkongsian...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara