Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Saya Kesali Buang Adik, Tak Buang Aliff”- Bella Selama Ini Simpan Rahsia Aliff Curang Dengan Adik Kandungnya

by Puteri Alia
April 3, 2024
Share on Facebook

Dunia selebriti seringkali menyembunyikan kisah-kisah yang tidak terduga, baru-baru ini pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendakwa suaminya, Aliff Aziz pernah berlaku curang terhadapnya sebanyak 11 kali termasuk dengan adik kandungnya, Eriqa Astillah.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, dia juga mempunyai cukup bukti terhadap setiap perbuatan curang suaminya itu.

“Yang orang tahu Aliff curang empat dan lima kali sahaja, tapi sebenarnya 11 kali. Saya ada bukti dan Aliff tahu semua ini

“Selepas Aliff ditangkap khalwat saya tak bagi apa-apa kenyataan sebab saya sendiri terkejut walaupun ada yang fitnah kata saya yang perangkap.

“Anda rasa saya ada tenaga nak buat semua itu? Jujurnya, saya tak suka orang tanya mengenai saya balik Sabah atau tidak. Sebab saya ada sesuatu untuk dikongsikan, jujurnya saya sudah tiada keluarga di Sabah.

“Seperti diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga adik-beradik perempuan. Aliff pernah curang dengan adik saya, Eriqa.

“Punyalah saya sayang pada Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Allahuakbar.

“Saya tak pernah dedah mengenai perkara ini, tetapi saya terpaksa sebab orang yang saya sanjung seperti keluarga mentua pun tak sangka berpaling tadah,” dakwanya.

Bella mengungkapkan bahawa masalah ini bukan hanya menimpa rumah tangganya, tetapi juga memengaruhi hubungan dengan keluarganya. Dia meluahkan bahawa dia merasa sangat menyesal telah membuang adiknya demi mempertahankan hubungan dengan Aliff.

Ibu kepada dua orang anak ini berkata, Aliff dan Eriqa bertukar mesej meminta hubungan mereka dipermudahkan ketika dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada 2022.

“Sebenarnya, ada mesej kononnya minta doakan hubungan mereka ketika kami mengerjakan umrah. Eriqa juga pernah temankan Aliff ke Gegar Vaganza.

“Allah, saya sakit dada nak cerita. Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaik-baiknya. Soal adik memang kesilapan sangat besar. Kami sekeluarga sudah tidak balik ke kampung.

“Terpaling teruk dan saya kesali, saya buang adik, tak buang Aliff,” dakwanya.

Bella berkata, Aliff juga selalu tidak pulang ke rumah dan perlu berhadapan dengan perkara sebegini berseorangan termasuk kes khalwat suaminya bersama Ruhainies.

“Saya ada mengadu pada ibu mentua, dia minta saya kena husnuzon (bersangka baik). Dia juga katakan saya perlu fokus kepada diri sendiri dan dekatkan diri dengan Allah. Itulah yang saya buat.

“Ustaz yang mengajar saya mengaji dari 2018 mula ajar saya mengaji balik sebab saya tak boleh fokus. Hari-hari nak cari Aliff di mana. Saya mengaji sampailah ustaz bersuara supaya saya buat solat istikharah. Pada bulan yang mulia ini saya buat solat istikharah.

“Dia ada kata nak ceraikan saya pada 31 Mac lalu selepas habis shooting dan selepas saya solat istikharah, Allah tunjukkan kes khalwat dan sebab itu, saya fail cerai.

Syed Saddiq Beri Bunga Dekat Bella Astillah Cairkan Hati Netizen!
aliff azizBella AstillahEriqa astillahruhainies
https://lomp.at/d71a4
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi

by Phic ARMAN
February 26, 2026

Suasana duka yang menyelubungi keluarga Amyza Adnan atas pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail, terus meruntun hati ramai. Dalam kesedihan yang...

Read moreDetails
Spotlight

Dulu Dilabel Kayu, Lakonan Sharifah Rose Akhirnya Bersuara Sendiri

by Phic ARMAN
February 6, 2026

Drama Doa Yang Terlindung yang kini bersiaran menerusi Slot Akasia nyata mencuri perhatian penonton, bukan sahaja kerana jalan ceritanya, malah...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Eira Syazira mencuri perhatian peminat selepas dilihat memberikan kejutan istimewa sempena hari lahir suaminya yang juga pelakon, Azad Jasmin...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara