Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Saya Selalu Perhati Jenama Ini Dari Jauh”- Dr Azizan Komen Perniagaan Siti Nurhaliza

by Phic ARMAN
June 17, 2022
Share on Facebook

Di Malaysia, siapa sahaja yang tak kenal dengan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman. Pengerusi RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) itu baru-baru ini diberi peluang untuk menjadi mentor dalam perniagaan kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Mengulas mengenai perniagaan yang dijalankan oleh Siti, Azizan berkata dia sudah lama memerhati jenama yang diasaskan oleh penyanyi dari jauh.

“Tokti dan Datuk K mulakan perniagaan ini mungkin 14 tahun lalu.

“Saya selalu memerhatikan jenama ini dari jauh. Saya merasakan jenama SimplySiti ini sepatutnya telah berkembang menjadi satu jenama antarabangsa terutamanya dalam industri kecantikan dan kosmetik sesuai dengan kekuatan jenama Siti Nurhaliza di Asia sekurang-kurangnya,” katanya dalam satu hantaran di akaun Instagram Azizan Osman Official hari ini.

Terdahulu, Siti secara rasmi menjadi anak didik RichWorks dibawah permentoran Titanium Premier – Partner (TPP) RichWorks pada Selasa lalu.

Tambah Azizan, peluang membimbing Asyraf Khalid dan isteri, Tya Arifin secara dekat sejak awal 2020 juga buatnya berpeluang untuk membantu kejayaan mereka bina jenama Mutyara Beauty yang kuat sebagai leader produk kesihatan untuk wanita berasaskan formula tradisi keluarga Tya.

“Peluang lebih mengenali keluarga AK (Panggilan saya kepada Asyraf) termasuk Datuk K dan TokTi beberapa bulan ini.

“Melalui beberapa komunikasi kami, saya percaya tentang kemampuan jenama SimplySiti untuk dilonjakkan lebih jauh lagi insyaAllah dan menjadi contoh kejayaan kepada usahawan-usahawan lain,” jelasnya.

Menurut Azizan lagi, doakan usaha itu bukan sahaja dapat mengembangkan SimplySiti tetapi dapat membanggakan semua.

“Jenama Malaysia boleh dan mampu ke persada dunia insyaAllah! Saya juga percaya ramai lagi usahawan-usahawan kita yang boleh dibawa ke tahap yang lebih tinggi jika mereka mahu dibantu dan dbimbing.

“Jangan terus berniaga pada tahap yang sama, sampai bila?,” soal Azizan lagi.

https://lomp.at/irujt
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
Spotlight

“Nampak Macam Abang Muda, Rupanya 59 Tahun”- Rahsia ‘Atuk’ Ini Buat Ramai Terkejut

by Phic ARMAN
February 24, 2026

Kalau MURAI tak tengok sendiri, memang susah nak percaya. Siapa sangka lelaki berusia 59 tahun ini masih nampak seperti model...

Read moreDetails
Spotlight

Norzeha Bongkar Keunikan “Talk To My Manager 2”, Bukan Sekadar Pertandingan Biasa!

by Phic ARMAN
April 4, 2026

Program realiti penuh emosi dan kejutan, Talk To My Manager kembali mencuri perhatian apabila tampil dengan musim kedua yang lebih...

Read moreDetails
Foto - ASTRO Malaysia
Lokal

Majlis Pertunangan Bella Astillah & Syed Saddiq Tarik Perhatian Seluruh Negara!

by Nurul A.
April 3, 2026

Majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq pada 28 Mac 2026 telah berjaya menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia. Sekaligus muncul...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara