Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Saya Tak Beradab, Saya Mohon Maaf” – Nadzmi Adhwa Akui Silap Persoal Petugas Klinik Tengah Rehat

by Puteri Alia
November 7, 2025
Share on Facebook

Pelakon Nadzmi Adhwa tampil memohon maaf secara terbuka selepas tindakannya mempersoalkan ketiadaan petugas kaunter di sebuah klinik kesihatan tanpa menyiasat terlebih dahulu mengundang kecaman ramai.

via Instagram Nadzmi Adhwa

Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 33, mengakui kesilapan tersebut berpunca daripada ketelanjuran kata dan menginsafi bahawa tindakannya itu telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

“Andai ada tersalah kata, tersalah bicara, saya mohon maaf. Semua yang baik itu daripada Allah, yang buruk, teruk, tak beradab itu daripada saya. Mohon maaf seikhlas hati,” tulisnya menerusi perkongsian di platform Threads.

Sebelum itu, pelakon drama Mencari Kiblat ini memuat naik video keadaan kaunter sebuah klinik kesihatan yang kelihatan lengang dengan kapsyen sinis berbunyi, “Kaunter ada lima, semua tutup. Oh, tengah makan tengah hari rupanya. Ini bukan contoh, ini betul-betul.”

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam selepas menerima reaksi negatif daripada netizen yang menyifatkan tindakan Nadzmi sebagai tidak wajar dan terburu-buru. Malah, seorang petugas klinik berkenaan turut tampil menegur secara terbuka di Threads dengan menyoal motif sebenar pelakon itu memuat naik hantaran berkenaan.

“Rasanya abang sendiri tanya saya tadi sekarang waktu ‘lunch’ ke? Saya dah beritahu kami masih rehat, pukul 1.30 petang baru kaunter buka semula. Tapi apa motif kenyataan dengan video itu? Jawapan saya masih tidak memuaskankah?” tulis petugas berkenaan.

Situasi itu turut mendapat perhatian suami kepada pelakon Ummi Nazeera, iaitu Dr Izzar Anwari Abdul Khani yang menegur tindakan Nadzmi secara sinis sambil mengingatkan orang ramai agar memahami situasi sebenar petugas kesihatan.

“Dah nak masuk 2026, tapi masih ada yang petik kaunter di fasiliti kesihatan tiada staf pada waktu rehat tengah hari? Kaunter hospital (Bahagian Kecemasan): staf tengah uruskan kes kecemasan. Syukur anda masih mampu menunggu sambil ambil gambar kaunter. Kaunter klinik kesihatan: staf tengah rehat, makan atau solat. Mereka juga manusia, perlu rehat,” katanya.

Dr Izzar turut menyeru agar seluruh petugas kesihatan kekal sabar dalam berhadapan pelbagai ragam pesakit dan individu yang membuat andaian tanpa memahami situasi sebenar.

Nadzmi Adhwa Mengenangkan Nasib Isteri Yang Ditahan 'Israhell'-"Apa Lah Yang Awak Tengah Rasa Ya.."

“Kita sentiasa diuji dengan ketidakpuasan hati individu yang membuat komen tanpa tabayyun. Tak apa, itu masalah mereka. Yang penting, kita tahu apa yang kita buat itu betul dan halal. Sentiasa ikhlas dalam bekerja, rezeki kita tetap ada,” ujarnya lagi.

Insiden tersebut menjadi pengajaran besar buat Nadzmi untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi sebarang pandangan di media sosial. Pelakon yang juga suami kepada aktivis kemanusiaan Ardell Aryana itu dikenali sebagai selebriti yang lantang bersuara tentang isu semasa, namun kali ini dia memilih untuk menundukkan ego dan memohon maaf secara terbuka atas kekhilafan sendiri.

nadzmi adhwa
https://lomp.at/rlpgg
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @amir.ahnaff (IG)
Lokal

[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib

by Nurul A.
March 13, 2026

Nama pelakon Amir Ahnaf menjadi perbualan ramai selepas video pendeknya yang berkongsi ciri-ciri wanita idaman telah tular di media sosial....

Read moreDetails
Foto - @soohyun_k216 (IG) / @ron_sae (IG)
Korea

Gara-Gara Perbuatan Kim Soo Hyun, Ahli Keluarga Kim Sae Ron Hampir Bun*h Diri

by Nurul A.
March 19, 2026

Nampaknya kes mengenai aktres Kim Sae Ron dan aktor Kim Soo Hyun masih berterusan dan kini melibatkan ahli keluarga aktres...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
Lokal

“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”-Azar Azmi Mohon Doa Orang Ramai

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang membantu individu rapat yang digelar sebagai 'Abah' yang...

Read moreDetails
Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara