Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026
Foto - @syafiqkylez (IG)

Foto - @syafiqkylez (IG)

1.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil berkongsi perkara yang sama, sambil mendedahkan peranan pentingnya sebagai abang dalam membimbing adiknya, Syazwan Razak untuk membina ketahanan mental sebagai seorang pelakon.

Memetik kenyataan daripada Berita Harian dan NST, Syafiq mengakui sebagai pelakon, seseorang individu memerlukan ketabahan dan kesediaan untuk menghadapi kritikan ramai.

“Untuk menjadi pelakon yang baik dan berjaya, awak mesti jujur tentang kecemerlangan dan peningkatakan dalam kerja, dan awak mesti bersedia untuk membuat banyak pengorbanan.”

View this post on Instagram

“Bintang filem sejati menghadapi semua cabaran dan berkembang maju. Setiap kali penonton mengkritik, mereka harus menerimanya dengan tenang dan belajar untuk memperbaiki diri sebaik mungkin.”

Selain itu, Syafiq juga berkongsi bahawa terdapat perbandingan antara dirinya dan juga adiknya, Syazwan Razak. Akui Syafiq, perkara itu tidak dapat dielakkan memandangkan mereka berdua sama-sama berkecimpung dalam dunia lakonan.

View this post on Instagram

“Jika benar dia (Syazwan) mahu menjadi pelakon, niat perlu betul, jujur dan bersedia melalui segala ujian dalam bidang seni. Jangan cepat melatah atau marah apabila orang kerap bandingkan dia dengan saya. Perbandingan itu memang tidak boleh dielakkan kerana dia tetap adik saya.”

View this post on Instagram

Syafiq juga mendedahkan peranan pentingnya dalam melatih Syazwan supaya lebih bersedia dari segi mental dan emosi untuk menghadapi dunia hiburan. Dia juga menekankan bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah dan seorang pelakon perlu sabar dan konsisten.

“Saya tak simpati pun dengan dia sebab sayalah orang yang akan ‘basuh’ dia sekering mungkin. Apa sahaja pengalaman yang saya ada, saya akan kongsi dengan dia. Tetapi bagi saya, apa yang dia lalui itu sangat normal untuk penggiat seni.”

View this post on Instagram

“Saya juga melalui perkara sama. Jika diimbas kembali lima atau enam tahun pertama dalam industri, saya terkontang-kanting mencari tempat dan itu yang dia perlu pelajari.”

Pada masa yang sama, Syafiq Kyle juga turut menzahirkan penghargaannya kepada pelakon senior dan individu berpengalaman yang banyak membantunya dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Syafiq Kyle ‘Anak Emak’? Mimi Lana Bongkar Sisi Sebenar Suami
syafiq kylesyazwan razak
https://lomp.at/63q5f
Share425Tweet266SendShare

KINI TRENDING

Foto - @dianaforeverremembered (IG)
Hollywood

Ada Mesej Tersembunyi Di Kasut Kahwin Puteri Diana? Ini Maksudnya

by Nurul A.
January 19, 2026

Kisah mendiang Puteri Diana sering menarik perhatian dunia, dan ianya bukan sahaja kerana personaliti mesranya tetapi juga mengenai perincian kecil...

Read moreDetails
Lokal

Che Ta Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahirnya Yang Ke-53-“Forever Young Laa Hampaa”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik hantaran...

Read moreDetails
Lokal

PU Syed Kesal Babak Dalam Drama Penunggang Agama-“Cukup-Cukuplah Mencemarkan Watak Berjubah & Berserban…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap salah sebuah drama islamik yang memaparkan watak yang tidak bersesuaian...

Read moreDetails
Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara