Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Saya Terharu & Rasa Dihargai”- Gaya Tudung Dipuji, Elly Mazlein Tekad Jadi Muslimah Terbaik

by Nurul A.
January 23, 2026
Foto - @iamellymazlein (IG)

Foto - @iamellymazlein (IG)

15
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa tersentuh dan terharu apabila mendedahkan dia telah menerima pujian daripada pendakwah Ustazah Asma’ Harun.

Memetik kenyataan daripada Oh Bulan, Elly yang mesra disapa dengan panggilan Kak Lina Pom Pom, memaklumkan bahawa Ustazah Asma’ telah memujinya penampilan bertudungnya yang kini lebih sopan dengan gaya menutup dada.

View this post on Instagram

“Apabila menerima pujian daripada seorang agamawan, saya mengakui berasa sangat terharu. Kata-kata pujian dan doa yang diberikan membuatkan saya rasa dihargai. Saya benar-benar bersyukur dan mengucapkan terima kasih. Bagi saya, kata-kata itu merupakan satu doa dan berazam untuk terus menjadi seorang Muslimah yang baik.”

Akui Kak Lina Pom Pom, pujian daripada pendakwah itu sedikit sebanyak menjadi pembakar semangat untuk dirinya terus memperbaiki diri sebagai seorang Muslimah.

View this post on Instagram

Sebagai seorang selebriti, penghargaan daripada Ustazah Asma’ secara tidak langsung dapat menyedarkan diri Elly untuk lebih berhati-hati dalam setiap langkah, termasuklah dari segi penampilan dan tingkah laku.

“Tidak salah untuk memberikan contoh pemakaian yang baik untuk diikuti. Saya menganggap perkara tersebut sebagai satu tanggungjawab dan bersyukur atas sokongan yang diterima.”

View this post on Instagram

Pada masa yang sama, sejak konsisten dengan gaya tudung menutup bahagian dada, Kak Lina Pom Pom telah menerima pelbagai reaksi positif dariipada peminat dan rakan selebriti.

“Ramai peminat yang menghantar mesej peribadi dan meluahkan rasa terinspirasi dengan pemakaian tudung labuh yang digayakannya. Mereka sudah dapat mengenal pasti bahawa ini adalah gaya khas saya.”

View this post on Instagram

Walau bagaimanapun, pelakon itu tetap merendah diri dan menegaskan bahawa dirinya masih dalam proses pembelajaran dan tidak mahu dilihat sebagai sempurna.

“Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Asma’ Harun kerana kata-kata yang sangat bermakna itu telah mendorong saya untuk menjadi insan yang lebih baik.”

Sebelum ini, Ustazah Asma’ Harun pernah berkongsia bahawa beliau sentiasa mendoakan agar pelakon itu kekal istiqamah dalam bertudung.

Prince Syed & Isteri Infaq Telekung RM12k Kepada Ustazah Asma, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!
Elly Mazleinkak lina pom pomUstazah Asma Harun
https://lomp.at/aupeu
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Berita

“Mesej Dihantar Masih Tak Dibaca”- Nuh Travel Beri Penjelasan

by Naddy Joe
January 16, 2026

Baru-baru ini tular berita kehilangan pelakon, Nadia Kesuma yang gagal dikesan setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz,...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Caprice Dedah Taska Terkenal Kurung Budak Autisme Dalam Stor? Netizen Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 21, 2026

Baru-baru ini tular video yang memaparkan kanak-kanak autisme yang didakwa dikurung di dalam stor salah sebuah taska terkenal di Shah...

Read moreDetails
Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Foto - @mfmirafilzah (IG)
Lokal

Mira Filzah Ambil Tindakan Selepas Wajah Disalah Guna AI

by Nurul A.
January 16, 2026

Pelakon Mira Filzah mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan kandungan yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara