Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

“Saya Tidak Sabar”- Diana Danielle Teruja Dilantik Sebagai Duta Traveloka, Pengurus Besar Kongsi Sebab Pemilihan

by Zaidin Albert
March 1, 2022
Share on Facebook

Wah! Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi berbakat besar, Diana Danielle kerana baru sahaja dilantik oleh Traveloka sebagai duta jenama untuk Malaysia sempena ulang tahun ke-10nya di Asia Tenggara.

Superapp pengembaraan ini akan bekerjasama dengan penyanyi-pelakon tercinta ini untuk menggiatkan industri pelancongan tempatan, menggalakkan perjalanan selamat untuk seisi keluarga dan memulihkan keyakinan rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan tanah air tercinta ini ketika negara sedang membangkitkan semula industri pelancongan.

“Diana Danielle mempunyai ciri-ciri serasi dengan jenama Traveloka kerana kecenderungannya untuk memilih aktiviti pelancongan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaannya. Dia juga menunjukkan semangat keluarga-Malaysia dengan mengutamakan orang tersayang dan memastikan keselamatan mereka terjamin. Semangat inilah yang akan membantu negara pulih daripada wabak COVID-19. Bersama-sama dengan Diana, kami akan berusaha untuk meningkatkan minat pelancong tempatan dan asing jatuh untuk meneroka Malaysia semula,” kata Angelica Chan, Pengurus Besar, Traveloka Malaysia.

Diana Danielle, yang juga ibu kepada dua orang anak telah menjadi penyokong kuat industri seni dan pelancongan tempatan. Beliau baru-baru ini dianugerahkan dengan Anugerah Pilihan Rakyat – Selebriti Terbaik Tahun Ini, di Top 100 Talent Awards dan Malaysia Fashion, Modelling and Pageant Awards 2021.

“Saya benar-benar berbesar hati dengan pelantikan ini. Aktiviti pelancongan merupakan salah satu cara untuk saya dan keluarga saya mencipta kenangan dan telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan keluarga kami. Industri pelancongan adalah antara industri yang paling terjejas semasa sorotan wabak Covid-19 dan saya tidak sabar untuk memainkan peranan saya dalam membantu Malaysia membina semula industri pelancongan melalui Traveloka,” kata Diana Danielle, Duta Jenama untuk Traveloka.

Superapp pengembaraan ini juga akan bekerjasama dengan influencer Instagram tempatan seperti Jovyn, SoniqWebs dan Myra Natasya untuk melancarkan live strim Instagram tujuh hari, antara 28 Februari dan 6 Mac 2022 di mana para penonton berpeluang memenangi hadiah-hadiah dari Traveloka.

[VIDEO] Gelagat Anak Diana Danielle Menari Curi Perhatian Ramai!-"Muka Sama Betul!"
diana danielletraveloka
https://lomp.at/z92mq
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Lokal

Namron Tampil Pertahan Que Haidar-“Dia Cuba Dirampas Semula Dari Kami…”

by Naddy Joe
April 7, 2026

Pelakon senior, Namron tampil mempertahankan aktor, Que Haidar agar tidak lagi menghilang daripada industri seni. Namron atau nama sebenarnya Shahili...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Foto - @keanureeves.media (IG)
Lokal

Pelakon Keanu Reeves Bongkar Realiti Dunia Hollywood- “Jangan Jadi Orang Tak Waras”

by Nurul A.
April 8, 2026

Pelakon Hollywood popular, Keanu Reeves dikenali kerana lantang bersuara tentang industri hiburan yang sangat mencabar. Dalam salah satu temu bual...

Read moreDetails
Video -@syedsaddiq (IG/ Threads)
Lokal

“Tu Hantaran Ke Hiasan”- Netizen Makin ‘Excited’, Video Raya Syed Saddiq Jadi ‘Clue’

by Nurul A.
March 24, 2026

Nampaknya perkongsian video Raya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi beberapa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara