• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Scha Alyahya Dedah Pernah Dikecam Pakai Baju Sama, Kini Derma Pakaian Secara Percuma Setiap 3 Bulan

by Puteri Alia
July 9, 2025
Share on Facebook

Pelakon terkenal Scha Alyahya mengambil langkah berbeza dalam menguruskan koleksi pakaian miliknya apabila mendedahkan dia gemar memberikan secara percuma busana yang tidak lagi digayakan kepada ahli keluarga dan kenalan rapat. Menurut Scha, amalan itu dilakukan setiap tiga hingga empat bulan bagi memastikan ruang simpanan pakaiannya tidak terlalu padat, memandangkan sebagai selebriti dia sering membeli pakaian dan barangan mekap demi menjaga imej di mata umum.

Scha mengakui dirinya seorang yang banyak berbelanja dalam bab penampilan kerana berasakan ia sudah menjadi sebahagian daripada komitmen dalam kerjaya. Namun begitu, dia pernah terkejut apabila dikritik hanya kerana memakai pakaian yang sama di majlis berbeza. Katanya, “Sebenarnya tak sangka pun akan ada orang yang perasan sebab bukan selalu saya pakai baju itu. Rasanya, baru kali kedua saya gayakan di majlis yang berbeza.” Malah, dia turut menyedari ramai selebriti lelaki juga turut menerima komen serupa di media sosial, seolah-olah pengulangan pakaian merupakan satu kesalahan besar dalam dunia glamor.

Tambah Scha, setiap kali ingin memakai semula pakaian lama, dia akan memastikan gaya yang ditampilkan diberi nafas baharu menerusi teknik ‘mix and match’ agar tidak kelihatan terlalu sama seperti sebelum ini. Pandangan itu dilihat cukup realistik dan membuktikan tekanan fesyen yang ditanggung selebriti bukan hanya remeh, malah mampu memberi bebanan jika tidak ditangani secara bijak.

Dalam pada itu, isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini juga berkata dia lebih selesa menyumbangkan pakaiannya kepada mereka yang rapat tanpa sebarang bayaran kerana sudah berniat untuk memberikan secara ikhlas. “Saya memang akan beri baju-baju yang saya tidak dipakai itu kepada orang lain secara percuma. Tak jual pun sebab saya sudah berniat untuk menyumbangkannya,” ujarnya. Menariknya, pendekatan sama turut diterapkan kepada pakaian anak-anaknya, Lara Alana dan Lila Amina, di mana pakaian mereka akan disumbangkan setiap enam bulan sekali.

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

Langkah Scha ini bukan sahaja menunjukkan sisi empati dan keprihatinannya terhadap orang sekeliling, malah memperlihatkan betapa selebriti juga manusia biasa yang perlu berdepan pelbagai tekanan, termasuklah perkara kecil seperti ulang pakai busana. Dalam dunia yang sentiasa memerhati, Scha memilih untuk berkongsi daripada menyorok, satu tindakan yang nyata mendapat pujian dalam kalangan peminat.

Scha Alyahya
https://lomp.at/owmwf
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Eira Syazira mencuri perhatian peminat selepas dilihat memberikan kejutan istimewa sempena hari lahir suaminya yang juga pelakon, Azad Jasmin...

Read moreDetails
Berita

Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- “Daddy Dulu Botol Mineral Je..”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Perkongsian aktor dan usahawan, Fizo Omar mencuri perhatian peminat selepas berkongsi momen bersama anak sulungnya, Wan Maryam. Kongsi Fizo Omar...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Lokal

MUA Bellaz Syukur Bawa Anak-Anak Tunai Umrah-“Doakan Perjalanan Kami Semua..”

by Naddy Joe
December 17, 2025

Usahawan dan jurusolek terkenal, MUA Bellaz membuat perkongsian bersama peminat di media sosial apabila dia sekeluarga berangkat ke Tanah Suci...

Read moreDetails
Lokal

Eyka Farhana Kongsi Foto ‘Baby Bump’, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Segannya Tengok Pakaian..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Umum mengetahui pelakon, Eyka Farhana baru sahaja mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama setelah hampir dua tahun mendirikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore