Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sebak Kenang Usaha Isteri Jadikan Dirinya Anak Seni, Izzue Islam Terlalu Sayangkan Bini Sehingga Janji Mahu Mati Bersama

by Puteri Alia
January 23, 2024
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa akad nikah dengan lafaz ijab kabul mengesahkan ikatan perkahwinan dengan kalimah Allah SWT. Maka terpikullah “amanah” kekeluargaan yang wajib dilaksanakan dengan jayanya.

Suami mestilah bermusyawarah dengan baik terhadap pasangan  dan keluarga masing-masing.

Isteri pula perlu mentaati sang suami dengan penuh keikhlasan, bahkan dengan cara itu sudah tentu rumahtangga akan menjadi harmoni dan melahirkan sakinah, mawaddah dan rahmah.

Berbahas soal ini, pelakon Izzue Islam gagal menahan sebak mengenangkan usaha keras isterinya, Awin Nurin yang menjadi tulang belakang kejayaan kariernya sebagai anak seni.

Ujar pemilik nama penuh Muhammad Izzul Islam Mazlan itu, dia tidak mungkin dikenali ramai tanpa bantuan suri hati merangkap pengurusnya itu.

“Saya tidak boleh bayangkan kalau dia tiada. Kami pernah berborak dan saya kata kepadanya bolehkah kita mati bersama-sama nanti.

“Tanpa isteri, kalian mungkin tidak kenal Izzue Islam seperti hari ini dan saya juga tidak pernah bayangkan memiliki kehidupan begini sekarang,” kata Izzue menerusi sebuah podcast bersama pelakon Datuk Rosyam Nor.

Memetik laporan Kosmo, ketika selebriti itu ditanya adakah bersedia jika suatu hari kehilangan isteri tercinta, aktor berusia 34 tahun itu mengakui bakal hilang arah dan mungkin fokusnya dalam dunia hiburan akan terkubur.

“Saya pernah terlibat dalam satu penggambaran dan dia tidak ikut sekali disebabkan demam. Ketika itu saya macam hilang arah.

“Sebab itu sampai sekarang saya akan bawa dia ke mana-mana sahaja kami pergi. Bukan tidak boleh berenggang tetapi dia individu penting buat saya.

“Saya mahu dia sentiasa ada di depan mata. Selagi saya hidup saya mahu dia ada di depan saya,” ujarnya menahan sebak.

Air mata Izzue mengalir deras sebaik perkara berkaitan insan kesayangan dibangkitkan Rosyam.

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

Sebelum ini, anak jati Kelantan itu juga pernah mencipta lagu buat Awin sebagai luahan perasaan sayang terhadap wanita yang melengkapi segala kekurangan dalam dirinya.

Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 namun belum dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata.

izzue islam
https://lomp.at/4oxsa
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

‘Repost’ Ruhainies Di Thread Undang Kecaman Netizen-“Dia Acah Mangsa Tapi…”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Nama pelakon, Ruhainies menjadi bualan di media sosial disebabkan tindakannya yang menyiar semula (repost) hantaran salah seorang netizen di Thread,...

Read moreDetails
Foto - @hannahyeoh (FB)
Lokal

Kenapa Penampilan Hannah Yeoh Berselendang Di Bulan Ramadan Tuai Kecaman?

by Nurul A.
March 12, 2026

Jujur MURAI katakan, Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh nampak sangat manis dan sopan apabila menggayakan selendang. Berdasarkan beberapa kongsiannya di...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
Foto - @faizalhusseinofficial (IG)
Lokal

Penangan “Walid”, Ramai Wanita DM Tawar Diri Jadi ‘Isteri’ Faizal Hussein

by Nurul A.
February 6, 2026

Nampaknya penangan watak "Walid" membuatkan pelakon veteran Faizal Hussein terus menjadi rebutan para wanita sehingga ada yang menghantar mesej peribadi,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara