Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Sedihnya! Kumpulan V.E Sahkan 2 Anggota Telah Berundur Diri

by Phic ARMAN
February 5, 2021
Share on Facebook

Gadis-gadis muda dari era 90an pasti mempunyai  kenangan menggilai barisan anggota kumpulan ini. Mereka bukan sahaja memiliki wajah yang tampan, lagu-lagi mereka juga sering menjadi siulan anak muda sehingga hari ini.

YouTube video

Kumpulan V.E atau nama panjangnya  Voices of Euphonious pada asalnya terdiri daripada 7 orang. Zaf, Shah, Cham, Damian, Adeep, Lah dan Akim. Namun Lah atau nama sebenarnya
Abdullah bin Ahmad terlebih dahulu meninggalkan kumpulan ini dan bergerak solo dalam dunia nyanyian.

Namun kali ini, dua orang lagi telah berundur diri. Berita ini telah didedahkan melalui entri di Instragram (IG). V.E mengumumkan pengunduran dua ahli iaitu Damian dan Shah.

“Terus sokong dan doakan yang terbaik,” kata kumpulan itu melalui hantaran di akaun IG @voicesofeuphonious.

Ini bermakna kumpulan yang popular dengan lagu Party Like This dan Pop Yeh Yeh hanya terdiri empat anggota lain iaitu Zaf, Cham, Adeep dan Hakim. 

Dipetik dari BH Online, Damian telah dihubungi untuk mengulas tentang pengunduran ini. Katanya, dia mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga, perniagaan dan projek saluran YouTube yang akan dilancarkan, tidak lama lagi.

“Dalam situasi industri hiburan yang tidak menentu berikutan pandemik COVID-19, saya perlu fikirkan soal masa depan. Lagipun, saya semakin berusia. Saya ada tempoh setahun untuk aktif sebelum memilih memperlahankan rentak kerjaya seni.” katanya

Tambahnya lagi, Damian hanya mahu bersikap adil kepada ahli yang lain. Malah dia tidak mahu menjadi halangan ketika kumpulan itu membuat perancangan lain untuk masa akan datang.

Sementara itu, dalam laporan yang sama, Damian menolak dakwaan perselisihan faham punca undur diri.

“Kami masih berkawan, malah saya juga sudah menganggap mereka seperti saudara kandung sendiri”- katanya

V.E ditubuhkan sekitar tahun 1997.Menerusi album For You pula, V.E telah dinobatkan sebagai Artis Inggeris Tempatan Pilihan di Anugerah Era ke-5 pada tahun 2005. Ini adalah kemenangan pertama V.E setelah dua tahun berturut-turut tewas kepada Too Phat.

Hattan, Jamal Abdillah Antara Yang Turut Serta, Cara TV AlHijrah Sambut Ambang Tahun Buka Mata Masyarakat
DamianLah AhmadVE
https://lomp.at/n6fva
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara