• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza Musnah Dibedil! Siti Nurhaliza Tetap Tabah & Berjanji Akan Bangkit Semula

by Aphit J.
September 27, 2025
Share on Facebook

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini pernah meluahkan hasrat mendalamnya untuk mengunjungi Sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza yang dibuka bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi Yayasan Nurjiwa.

Harapan Bertemu Warga Sekolah Tertangguh

Walaupun sebelum ini Israel telah mengumumkan gencatan senjata, Siti menjelaskan bahawa mereka masih perlu menunggu keadaan benar-benar terkawal atas nasihat suami.

Buat masa ini, beliau hanya mampu berhubung dari jauh dengan wakil yang menguruskan sekolah tersebut, iaitu Dr Mohanad yang memantau lebih 100 pelajar dan lapan guru.

Sekolah Musnah, Tapi Semangat Tidak Padam

via Instagram Siti Nurhaliza

Dalam satu hantaran terbaru di Instagram, Siti memaklumkan berita menyedihkan bahawa Sekolah Afwa & Aafiyah telah musnah dibedil tentera Israel.

Menerusi luahan penuh emosi, beliau menulis bahaw sekolah Afwa Al Aafiyah telah musnah dibedil.

Hasbunallah wanikmal wakil… akhirnya Israhell membedil bangunan sekolah Afwa Al Aafiyah.

Tak mengapa, kita pasti bangkit semula!!

Siti turut menyatakan bahawa Dr Mohanad dan keluarganya telah berpindah ke kawasan selatan Gaza dan Yayasan Nurjiwa akan terus membantu mereka dari sana.

Beliau memohon doa orang ramai agar semua sukarelawan dan keluarga besar mereka di Gaza dilindungi dari sebarang bahaya.

Sokongan Padu Dari Rakyat Malaysia

via Instagram Siti Nurhaliza

Perkongsian Siti di Instagram menerima ribuan reaksi dan komen daripada pengikut serta peminat yang menyatakan rasa dukacita dan solidariti terhadap apa yang berlaku.

Ramai memuji kecekalan Siti dan usaha berterusan beliau dalam membantu rakyat Gaza melalui Yayasan Nurjiwa.

Walaupun dihimpit dugaan, Siti tetap optimis dan perjuangan Siti dan suaminya bukan sekadar simbolik, tetapi mencerminkan keprihatinan sejati terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Mesejnya jelas — bangunan boleh musnah, tetapi semangat dan harapan untuk masa depan yang lebih baik akan terus hidup.

[VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen
siti nurhaliza
https://lomp.at/62491
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Bersuara Selepas Didakwa Sambut Krismas-“Dah Agak Mesti Ada Komen Badig*l..”

by Naddy Joe
December 24, 2025

Pelakon, Datin Intan Najuwa tampil bersuara terhadap sesetengah pihak yang mendakwa dia meraikan sambutan Hari Krismas gara-gara berkongsi momen dia...

Read moreDetails
Lokal

Ibu Mentua Sharifah Shahora Meninggal Dunia

by Naddy Joe
January 8, 2026

Ibu mentua kepada pelakon dan pelawak, Sharifah Shahora iaitu YM Tengku Julia Binti Tengku Mahmud telah pergi mengadap Illahi pada...

Read moreDetails
Foto - @nabilmahir (IG)
Lokal

[VIDEO] “Dah Bertahun Aku Sabar, Penipu”- Nabil Mahir

by Nurul A.
December 18, 2025

Hos dan pelakon, Nabil Mahir meluahkan rasa marahnya di platform Threads baru-baru ini apabila dia mendedahkan pengalaman yang kurang menyenangkan...

Read moreDetails
Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore