Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Selain Berlakon Dengan P.Ramlee, Ini Fakta Menarik Mengenai Allahyarhamah Julie Farida

Julie Juga Berbesan Dengan Tuanku Syed Sirajuddin

by Khai Azfar
June 1, 2021
Share on Facebook

Pada pagi Ahad, industri hiburan dikejutkan dengan pemergian pelakon veteran, Toh Puan Julie Faridah yang meninggal dunia di Hospital Pantai,Ipoh, Perak.

Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Virus 

Allahyarhamah Julie Faridah @Joria Basir,77 meninggal dunia kira-kira jam 1.37 pagi dipercayai akibat jangkitan virus. Difahamkan, sebelum ini beliau terlebih dahulu dimasukkan ke hospital selama dua minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Ahad.

Sepanjang hayatnya, pelbagai kenangan dan fakta menarik mengenai figura ini yang terkenal menerusi filem lakonannya bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem Keluarga 69.

Malah siapa sangka, Allahyarhamah menemui Ilahi empat hari selepas 48 tahun tarikh Allahyarham P.Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1978. Nama Julie Faridah  juga diberikan oleh lagenda filem Melayu itu apabila mendapati nama Joria tidak popular, sama seperti yang dibuat Allahyarham kepada Rose Yatimah yang ditukarkan namanya dari Rosnah ke Rose Yatimah.

Berbesan Dengan Raja Perlis 

Dikurniakan tiga orang anak seorang lelaki, Dato Paduka Mohammad Yaakob dan dua orang perempuan, Aini Faridah dan Aziah Jasmin. Anak lelakinya itu juga merupakan menantu kepada Raja Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Yaakob telah berkahwin dengan anakanda bongsu Tuanku Raja Perlis, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis Sharifah Fariza Binti Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin.

Anak Bekas Penyampai Berita 

https://www.instagram.com/p/CPhh_gytq9n/

Malah, salah seorang anak perempuannya, Aziah Jasmin merupakan bekas pengacara dan penyampai berita di stesen TV3 suatu ketika dahulu. Pelakon veteran yang popular menerusi filem Dayang Senandung dan Enam Jahanam, Seniwati Datin Noor Azizah pula merupakan anak tirinya.

Mengenai penglibatan seni Julie, beliau membuat keputusan untuk berundur dari ‘industri’ selepas mengikuti arwah suaminya, Datuk Seri Azizul Hassan yang bekerja sebagai pegawai kanan polis suatu ketika dahulu. Memetik blog filem klasik Malaysia, lakonan Julie dalam filem Keluarga 69 juga berlaku secara tidak sengaja dan ketika itu juga dia sedang mengandungkan anak keduanya. Julie juga pernah bergelar Miss Pahang dan Miss Malaysia sekitar tahun 1963 dan 1964.  Salam takziah buat keluarga Toh Puan Julie Faridah dari kami di Murai.my. Al-Fatihah.

Aziah JasminDatin Noor AzizahJulie Faridah Keluarga 69Keluarga 69Toh Puan Julie Faridah
https://lomp.at/rp9xy
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara