Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Selain Lizzy, 4 Bintang K-Pop Ini Pernah Ditangkap Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Lizzy, bekas ahli kumpulan After School memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar sebuah teksi yang berada di hadapannya.

by Naddy Joe
May 26, 2021
Share on Facebook

Baru-baru ini, bintang Korea, Lizzy, bekas ahli kumpulan After School dilaporkan atas kes memandu di bawah pengaruh alkohol dan telah melanggar sebuah teksi yang berada di hadapannya. Selain Lizzy, beberapa bintang Korea turut terlibat dengan kes memandu di bawah pengaruh alkohol. Anda ingin tahu siapakah yang dimaksudkan? Scroll sampai habis okay!

Lizzy After School

Lizzy, bekas ahli kumpulan After School telah ditangkap oleh pihak berkuasa selepas dia didapati memandu dalam keadaan mabuk di sekitar Gangnam pada Selasa, 18 Mei 2021. Walaupun tiada yang menjadi korban dalam kemalangan tersebut, Lizzy dilaporkan telah melanggar sebuah teksi yang berada di hadapannya.

Nichkhun 2PM

Pada tahun 2012, Nichkhun 2PM dilaporkan telah melanggar seorang penunggang motorsikal sewaktu memandu dalam keadaan mabuk. Pada ketika itu, dia yang berasal dari Thailand baru sahaja menghadiri acara makan malam bersama artis JPY Entertainment yang lain dan telah mengambil dua gelas alkohol.

Selepas melakukan pemeriksaan, peratus alkohol dalam darah Nichkhun 2PM telah mencapai 0,056 peratus, melebihi had yang disarankan iaitu 0.05 peratus. Insiden yang berlaku juga menyebabkan lesen memandu Nichkhun juga ditarik.

Youngmin AB6IX

Youngmin AB6IX juga pernah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana memandu dalam keadaan mabuk pada Mei 2020. Perkara ini turut disahkan oleh agensinya sendiri, yang mengatakan bahawa pada masa itu, Youngmin baru pulang dengan rakan-rakannya dan telah mengambil alkohol. Youngmin AB6IX, yang tidak sedar sepenuhnya, membuat keputusan untuk memandu kereta sendiri.

Insiden yang berlaku telah memberikan tamparan kepada Youngmin AB6IX, dan membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulannya, AB6IX, kerana tidak mahu membahayakan kumpulan itu.

Jun. K 2PM

Jun. K 2PM juga dilaporkan pernah memandu di bawah pengaruh alkohol pada Februari 2018. Setelah diperiksa, kandungan alkohol yang berada dalam darahnya mencecah 0,0074 peratus, sehingga pihak berkuasa terpaksa menahan lesen memandunya.

Insiden yang berlaku telah menyebabkan Jun. K 2PM hiatus dari industri hiburan selama dua bulan untuk melihat kembali kesalahannya. Dia turut mengeluarkan surat permohonan maaf kepada peminat di atas insiden yang telah dilakukan.

Kangin Super Junior

Bekas ahli kumpulan Super Junior ini terpaksa berurusan dengan pihak berkuasa kerana memandu dalam keadaan mabuk. Dia juga telah melanggar lampu trafik, dan lari begitu sahaja.

Insiden ini bukanlah kali pertama bagi bekas ahli kumpulan Super Junior. Sebelum ini pada tahun 2009, Kangin pernah mengalami insiden yang sama, dan menyebabkannya hiatus dari segala aktiviti boyband Super Junior pada ketika itu.

Jun. K 2PMKangin Super JuniorLizzy After SchoolYoungmin AB6IX
https://lomp.at/61ijn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Mimie Haris Umum Telah Bercerai-“Untuk Elak Fitnah & Salah Faham…”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Penyanyi dan pengacara, Mimie Haris memberi makluman mengenai dirinya yang telah berpisah dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md. Dahilin setelah...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Perjelas Isu Luahan Maria Danisha, Lain Pula Reaksi Netizen?

by Naddy Joe
April 3, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberikan penjelasan berhubung isu luahan anak bongsunya, Maria Danisha yang seolah-olah memberikan bayangan dirinya kurang diberi...

Read moreDetails
Berita

Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Berhadapan ‘Maid’ Bermasalah-“Dia Tiru Saya, Curi Pakaian, Mekap, Duit..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Pelakon, Fatin Afeefa berkongsi pengalamannya yang pernah berhadapan dengan pembantu rumah yang bermasalah sehingga sanggup merakam video yang tidak senonoh...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50

by Naddy Joe
February 24, 2026

Perkongsian isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Diyana Halik iaitu Aaron Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kejutan hari lahir...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara