Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Selebriti Memukau Dalam Gaun Merah Bagaikan Jessica Rabbit. #5 Paling WOW Sekali

by Lisa Ghani
February 24, 2023
Foto - Getty

Foto - Getty

Share on Facebook

Gaun berkemban merah dengan belahan di kaki sehingga peha, Jessica Rabbit kekal ikonik sehingga ke hari ini.

Jessica Rabbit terkenal sebagai salah satu simbol seks yang paling terkenal dalam dunia animasi. Dia merupakan watak animasi dan isteri kepada Roger Rabbit dalam filem 1988 “Who Framed Roger Rabbit”.

Foto – Pinterest

Fizikal yang menggiurkan dan permainan warna merah menggoda, tidak hairanlah penampilannya meninggalkan kesan yang besar di Hollywood. Malah, acapkali menjadi pilihan selebriti dalam berfesyen.

Ini, Miss Murai kongsi selebriti yang sakan ‘menjadi’ Jessica Rabbit IRL (in real life). Mana satu paling seksi dan sama sekali?

#1 Sydney Sweeney

Foto – People

Bintang Euphoria ini mempesona dalam gaun sequin rekaan Miu Miu ketika menghadiri Festival Filem Antarabangsa Berlin. Rupanya disolek serba ringkas, menaikkan seri dan kesegaran wajah Sydney Sweeney.

#2 Megan Fox

Foto – Getty

Tak ubah superti Jessica Rabbit IRL, Megan Fox mencetus perhatian ketika menghadiri acara pre-grammy. Tampil dalam gaun korset satin warna merah, Megan kelihatan menggoda sekali.

#3 Alessandra Ambrosio

Foto – Pinterest

Model ini menjadi Jessica Rabbit semasa Halloween. Dia memakai rambut palsu merah, sarung tangan ungu panjang, kasut tumit merah dan gaun berlabuci merah dengan belahan di paha, menampakkan kakinya yang panjang.

#4 Jessica Chastain

Foto – Getty

Jessica Chastain muncul sebagai Jessica Rabbit di Screen Actors 2013. Pelakon yang langsung tak menua ini menyarung gaun satin dari Alexander McQueen dengan solekan ‘no-makeup look’ yang menyerlahkan lagi kecantikan abadinya.

#5 Heidi Klum

Foto – Getty

Heidi Klum mengambil masa selama 10 jam untuk menyiapkan diri menjadi Jessica Rabbit ketika Halloween. Itu semua termasuk payudara, muka dan punggung palsu.

Antara semua, mana paling ‘menjadi’ Jessica Rabbit?

gaun merahJessica Rabbitselebriti pakai gaun merah
https://lomp.at/wc1oo
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Foto - PUMA x Pokémon
Fesyen

Teroka Ke Dunia Lain Dengan Kolaborasi PUMA X Pokémon

by Nurul A.
April 7, 2026

PUMA bekerjasama dengan Pokémon, untuk meraikan 30 tahun francais hiburan global. Meneroka "Into Another World," visual kempen ini menghubungkan dunia...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara