Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Selebriti Sekarang Kahwin Cerai Boleh Guna Alasan Gimik Je”-Peminat Keliru Mahu Percaya Atau Tidak Sharnaaz Belum Bertunang

by Puteri Alia
May 30, 2023
Share on Facebook

Gimik atau prank dalam kalangan selebriti tempatan seakan tidak boleh dipisahkan. Bahkan ianya dikatakan sudah seolah-olah menjadi trend terkini untuk mewar-warkan apa jua konten yang mengejutkan para peminat mereka.

Sama ada ia dihasilkan sekadar suka-suka ataupun untuk tujuan promosi, semuanya bergantung pada selebriti berkenaan.

Benar atau tidak, gejala video viral dalam kalangan artis mahu pun selebriti, mencetuskan persoalan mengenai gimik atau kemasyhuran seketika yang andai gagal dikawal, bisa mengundang padah.

Berbahas soal ini, baru-baru ini tiada angin tiada ribut, perkongsian pelakon Sharnaaz Ahmad  menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar lengkap berbaju Melayu biru bersama anak lelakinya Jebat Jayden.

Turut kelihatan di atas pelamin seorang wanita yang turut mengayakan persalinan sedondon biru namun menutup wajah dengan bunga tangan yang dipegangnya.

Menerusi perkongsian itu, Sharnaaz turut mengatakan dirinya bukan lagi seorang duda. Sharnaaz turut meletakkan tanda pagar pada perkongsian itu #MamuKenaGari #SxAeday dan #DalamHatiAdaTaman.

Bagaimanapun, baru-baru ini Sharnaaz Ahmad tampil menafikan  mengenai khabar berita mengenai status dirinya yang sudah mengikat tali pertunangan dengan Amelia Christie selepas kecoh berita tersebut tersebar dalam media sosial.

Memetik laporan Kosmo, Sharnaaz berkata, apa yang dikongsikannya dalam Instagram hanyalah gimik semata-mata.

“Tak. Gimik. Itu sahaja saya boleh kata,” ujarnya.

Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memberitahu, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa foto tersebut dipadam tidak berapa lama.

“Malas nak layan. Saya banyak kerja sebab itu, saya padam gambar. Tunggu ‘posting’ yang dah betul nanti.

“Lantak merekalah nak tulis apa dah memang kerja mereka. Tunggu muat naik yang sudah disunting nanti,” kata pelakon filem Polis Evo 3 itu.

Tegas Sharnaaz, foto yang dikongsi tidak menampakkan langsung wajah wanita yang disandingkan namun segelintir pihak memandai-mandai membuat spekulasi sendiri.

“Apa benda? Mana ada Amelianya (dalam gambar dikongsikan). Jangan memandai mat,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen mula menyoal dan berasa tidak puas hati dengan perkongsian berkenaan serta menganggap permainan gimik ini seolah-olah sudah melampau dan tidak sesuai untuk dijadikan hiburan jika melibatkan soal kahwin atau nikah.

Sambutan Aidilfitri Paling Suram! Sharnaaz Akui kehilangan Insan Tersayang Jadi Beban Berat

Sungguhpun begitu, rata-rata peminat meluahkan perasaan bersyukur kerana duda kegilaan ramai ini masih bujang dan belum mengikat tali pertunangan.

Bagaimanapun, orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi berlebihan mengenai selebriti kesayangan ramai ini.

sharnaaz ahmad
https://lomp.at/wd4c8
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Berita

Aisha Retno ‘Throwback’ Keputusan SPM, Netizen Kagum!-“Aisha Tak Kosong Ya…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Penyanyi, Aisha Retno membuat perkongsian istimewa bersama peminat selepas para calon SPM 2025 (Sijil Pelajaran Malaysia) mengambil keputusan peperiksaan mereka...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara