Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Selepas Miliki Ijazah Sarjana 5 Tahun Lalu, Fauziah Nawi Kini Mahu Lanjut Pengajian Peringkat PhD

by Puteri Alia
August 21, 2023
Share on Facebook

Selepas beroleh ijazah sarjana dalam bidang lakonan daripada Open University Malaysia (OUM), kira-kira lima tahun lalu, bintang veteran, Datuk Fauziah Nawi bercadang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD).

Sehubungan itu, Fauziah sedang mencari institusi yang sesuai untuk merealisasikan hasratnya itu.

“Selepas terima ijazah sarjana pada 2018, saya pasang impian mendapatkan ijazah kedoktoran.

“Perasaan apabila dapat pakai jubah dan topi masa majlis graduasi sangat seronok. Malah, jauh lebih indah dan mengujakan berbanding ketika saya terima trofi kemenangan dalam mana-mana acara anugerah.

“Tidak dinafikan banyak halangan apabila orang tua seperti saya hendak sambung belajar.

“Apatah lagi untuk peringkat PhD, pasti lebih sukar kerana membabitkan banyak kerja penyelidikan… Tetapi saya sudah bersedia,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian antara Metrowealth International Group (MIG) dan Meatech Creative Academy di Wisma Metrowealth di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo; Ketua Pegawai Eksekutif Meatech Creative Academy, Shahralin Abdul Hamid dan pengarah serta pelakon, Aziz M. Osman.

Majlis itu menyaksikan Fauziah dan Aziz menerima Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy.

Kerjasama antara Meatech Creative Academy dan MIG dengan sokongan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bertujuan membantu pelajar Meatech Creative Academy mengikuti latihan industri di MIG.

Mengulas mengenai kelayakan akademik diperoleh, Fauziah yang membintangi telefilem Pondok Buruk mengaku ia membuka peluang rezeki yang lebih besar buatnya.

‘Sejak ada sijil kelayakan ini, bayaran serta layanan yang diterima lebih baik sebelum ini.

“Bayaran diterima juga berbeza terutama apabila membabitkan projek kerajaan. Saya banyak berlakon dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan bayaran diterima memang berbeza.

“Sama juga dengan program membabitkan institusi pengajian tinggi. Mereka akan bayar sesuai dengan taraf pendidikan kita. Jika tiada kelayakan, saya dibayar dengan harga token.

“Sekarang kalau ada undangan di luar daerah, mereka akan beri kita tiket kelas perniagaan. Baru saya sedar pentingnya sijil pendidikan apabila berurusan dengan kerajaan,” ujar penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 ini.

Fauziah Nawi Cabar Diri Jadi Penagih Dadah, Sampai Pengarah Tegur Sebab ‘Lalok’
fauziah nawi
https://lomp.at/6jhqb
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Zara Zya Pilu Lihat Keluarga Sudah Berpecah-“Sekarang Saya Cuma Dengan Mama Sahaja..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon, Zara Zya meluahkan rasa pilu melihat keluarganya yang kini sudah berpecah dan ada yang sudah bertahun tidak bersua muka....

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Foto - @tareqfit91 (IG) / @w4w4_zainal (IG)
Lokal

Tareq Fit Tegur Aeril Zafrel- “Jangan Jadi Dayus, Tak Rasa Cemburu Ke?”

by Nurul A.
March 31, 2026

Kali ini pempengaruh kecergasan, Tareq Fit kembali mencuri perhatian apabila membuat hantaran berbentuk teguran kepada pelakon dan usahawan Aeril Zafrel....

Read moreDetails
Spotlight

Anak Lelaki Amy Search Curi Perhatian, Tinggi & Kacak. Isteri Tertanya- “Entah Makan Apa Masa Pregnant”

by Phic ARMAN
March 5, 2026

Nama Amy Search memang tak perlu diperkenalkan lagi. Vokalis legenda kumpulan Search ini bukan saja dikenali dengan aura rock yang...

Read moreDetails
Foto - @kellyclarkson (IG)
Hollywood

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

by Nurul A.
March 13, 2026

Penyanyi dan penulis lagu, Kelly Clarkson mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kereta yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi rancangan pencarian...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara