Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Selepas The Eternals, Marvel Rancang Terbitkan Filem A-Force

by Khai Azfar
September 3, 2019
Share on Facebook

Peminat sedia maklum bahawa Marvel Studios telah merancang beberapa buah filem berskala mega selepas kejayaan The Avengers. Malah di dalam perancangan fasa empat, sebuah filem yang menampilkan sepasukan adiwira dikenali sebagai The Eternals bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

Filem Adiwira Wanita “A-Force”

Terbaru, menerusi perkongian sebuah portal antarabangsa, Marvel dikatakan bakal terbitkan satu lagi filem yang memperlihatkan sejumlah adiwira perempuan. Masih mengekalkan beberapa ‘superheroin’ sebelum ini, antaranya adalah Captain Marvel dan Scarlet Witch yang bakal terajui filem A-Force. Tidak cukup dengan itu, sama seperti perancangan filem lain dan drama siri Marvel yang bakal ditayangkan kelak, She-Hulk, Ms Marvel dan Jane Foster juga akan menganggotai pasukan A-Force.

Bakal Direalisasikan?

Jika anda mengikuti komik-komik Marvel, ini bukanlah satu berita yang mengejutkan kerana pasukan A-Force sudah diperkenalkan sejak tahun 2015 dan tamat pada Oktober 2016. Namun di dalam versi komik, ianya telah dianggotai oleh Captain Marvel, She-Hulk dan empat watak baharu iaitu Medusa, Singularity,Nico Minoru dan Dazzler. Sebagai info, watak Medusa telah diperkenalkan menerusi drama bersiri Marvel, Inhumans.

Menguatkan lagi khabar angin ini bakal direalisasikan, beberapa filem MCU sendiri telah diterajui oleh pengarah wanita seperti Chloe Zhao (The Eternals), Anna Boden (Captain Marvel) dan Cate Shortland (Black Widow).

Adakah ianya bakal direaliasikan oleh pihak Marvel? Sebelum ini, filem susulan Avengers, Young Avengers turut dikhabarkan tersenarai dalam perancangan Marvel akan datang.

A-Force Marvel
https://lomp.at/je031
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara