Aktres Korea Selatan, Ha Ji Won telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas melihat penampilan terbarunya. Semasa mempromosikan drama terbarunya iaitu ‘Climax’, Ji Won kelihatan jauh lebih kurus berbanding penampilannya sebelum ini.
Ketika menghadiri sidang akhbar untuk drama terbarunya, Ji Won dilihat menggayakan romper hitam nipis dengan corak bunga. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah bahagian lengan dan kakinya dikatakan sangat kecil.
Netizen Korea Selatan juga menyuarakan kebimbangan mereka di media sosial. Ada yang menggelarnya “sangat kurus,” “kurang bertenaga,” atau “kelihatan rapuh.”
“Saya lebih suka penampilannya yang lebih sihat sebelum ini.”
“Dia kelihatan sangat kurus, ia membimbangkan saya.”
Mengulas perubahan bentuk badannya itu, Ji Won menjelaskan bahawa dia telah menurunkan berat badan untuk disesuaikan dengan watak “Chu Sang Ah” yang dibawanya.
Dalam drama tersebut “Chu Sang Ah” merupakan sebuah watak yang sangat sensitif, di mana dia perlu melakonkan watak seorang pelakon yang sedang bergelut dengan kegagalan box office yang terdesak untuk kembali ke puncak.
Sebelum ini, Ha Ji Won juga pernah mengejutkan rakan sekerjanya dengan bentuk badan terkininya yang lebih langsung. Semasa muncul di sebuah saluran YouTube, rakannya itu mengatakan bentuk badannya lebih kurus berbanding sebelum ini.






