• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Semakin Suspen! 4 Watak Ini Menjadi Misteri Dalam K-Drama Mouse

by Naddy Joe
April 12, 2021
Share on Facebook

Ketika drama Korea tvN, Mouse telah memasuki separuh kedua tayangannya yang mendebarkan, drama ini telah berjaya membuatkan penonton dipenuhi dengan pelbagai persoalan berbanding jawapan.

Dalam episode terkini drama Mouse, empat watak ini telah muncul sebagai misteri yang belum dapat diselesaikan. Siapakah watak yang dimaksudkan? Scroll sampai habis okay!

Figura Misteri Yang Menyerang Go Moo Chi

Pada akhir episod 11, Go Moo Chi dalam perjalanan untuk melindungi Oh Bong Yi dari Kang Deok Soo, dan secara tidak sengaja mengalami kemalangan kereta.

Ketika dia melangkah keluar dari keretanya untuk memeriksa kerosakan, seorang individu yang tidak menunjukkan wajahnya telah menyerang detektif tersebut dari belakang.

Walaupun penyerang misteri itu tidak menunjukkan wajahnya, Go Moo Chi melihat terdapat tatu pada tangan lelaki yang menyerang, yang menjadi satu-satunya petunjuk identiti penyerang.

Makcik Kepada Jung Ba Reum

via NAVER

Makcik kepada Jung Ba Reum (Kang Mal Geum) adalah wajah tidak asing lagi kerana beliau yang telah menjaga Jung Ba Reum , yang kehilangan ibubapanya akibat kemalangan.

Sewaktu Jung Ba Reum menderita kehilangan ingatan selepas pembedahan, ibu saudaranya telah memainkan peranan penting untuk membantunya pulih dan mula mengingati segala-galanya tentang dirinya.

Namun, dalam episod terbaru drama ini, beberapa kenyataan mula terungkap yang mula menimbulkan kecurigaan terhadap makciknya itu.

Jung Ba Reum tidak mengingati Hoon Seok, anak saudara yang tinggal bersama makciknya. Selain itu, ibu saudaranya juga ternyata tinggal di alamat yang berbeza dengan alamat yang dia berikan kepada Jung Ba Reum, yang menimbulkan terdapat rahsia lain yang telah disembunyikan.

Lee Min Soo

via NAVER

Detektif Lee Min Soo (Kim Min Soo) juga muncul sebagai watak yang sangat misteri dalam episod Mouse baru-baru ini.

Sewaktu Go Moo Chi dikurung, ibu kepada Kang Deok Soo memberikan surat pernyataan kepada Shin Sang yang membuktikan bahawa Go Moo Chi tidak bersalah. Shin Sang, yang sedang terburu-buru telah menyerahkan surat pernyataan itu kepada Lee Min Soo. Tetapi setelah beliau melihat surat pernyataan tersebut, Lee Min Soo telah melakukan tindakan yang tidak dijangka.

Daniel Lee

via NAVER

Antara plot twist yang paling mengejutkan dalam episod 11 adalah ketika Daniel Lee (Jo Jae Yoon), yang sebelum ini dipercayai oleh penonton telah dibunuh oleh Sung Yo Han ternyata masih hidup.

Perkara yang mengejutkan mengenai Daniel Lee adalah dia dilihat seperti mengetahui segala-galanya mengenai pembedahan otak Jung Ba Reum, dan kesan-kesan yang dialami selepas pembedahan.

Daniel Lee turut memberi amaran kepada Jung Ba Reum bahawa dorongannya untuk membunuh akan bertambah kuat dari masa ke masa. Para penonton akan tertanya-tanya bagaimana Daniel Lee “kembali hidup”.

Tak sabar nak tahu bagaimana pengakhiran jalan cerita K-Drama Mouse ni…

YouTube video
https://lomp.at/3sl62
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @beingsalmankhan (IG)
Bollywood

Hampir Cecah Usia 60 Tahun, Salman Khan Harap Sempat Kahwin & Timang Anak

by Nurul A.
October 27, 2025

Agak-agak sempat tak kita lihat Salman Khan berumah tangga dan timang anak sebelum dia cecah usia 60 tahun? Bagi peminat...

Read more
Lokal

Fendy Bakry Debut Sebagai Penerbit Teater, Naskhah Usman Awang Jadi Pilihan Sulung

Pelakon, Fendy Bakry, membuka lembaran baharu dalam perjalanan kariernya apabila buat julung kalinya melangkah ke dunia penerbitan teater melalui pementasan...

Read more
by Iffah Najwa
December 6, 2025
Destinasi

Travel Jauh, Bajet Masih Selamat, AirAsia X Kini ke Istanbul!

Berita baik untuk semua pencinta travel! AirAsia X (AAX) kini membuka penerbangan terus pertama dari Kuala Lumpur ke Istanbul, Türkiye....

Read more
by Puteri Alia
November 17, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Afwa Shopping Mainan Buatkan Netizen Terhibur-“20 Kali Round Dah…”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Afwa yang mencari mainan yang ingin dibelinya itu, namun yang meraih perhatian netizen...

Read more
by Noah Ab
September 26, 2025
Viral

[VIDEO] “Contohi Nora Danish Ketika Bercerai, Tiada Drama”- Pesanan Dari ‘Cerai Coach’ Ini Buka Mata Masyarakat

Baru-baru ini, satu video di TikTok menjadi tular selepas Izary Ikhbal, seorang jurulatih perceraian dan kaunselor, berkongsi nasihat tentang cara...

Read more
by Phic ARMAN
November 26, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Bantuan Kanak-Kanak Keluarga B40 Sebanyak RM1000- Jom Mohon Segera!

  5. 5

    Fazura Dedah “Pantang No.1” & Pet-Peeves Dalam Kehidupan Seharian: “Kalau Kena Duit Dia, Sebiji Coklat Pun Tak Sanggup!”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore