Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ketua Juri Jawab Dakwaan SFMM36 Hilang Taring Gara-Gara Ramai Penyanyi Ganti

segelintir netizen mempertikaikan mengenai kelibat beberapa finalis SFMM36 yang tidak kelihatan

by Khai Azfar
January 3, 2022
Share on Facebook

Semi Final Muzik-Muzik 36 (SFMM36) telah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan 12 buah lagu berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) yang dijangka berlangsung pada Februari kelak.

Tiga Penyanyi Beraksi Dengan Dua Buah Lagu 

Bagi edisi kali ini, seramai tiga orang penyanyi akan mempersembahkan dua buah lagu mereka di dalam AJL36 terdiri daripada Aina Abdul (Sepi dan Nafas Cinta duet bersama Khai Bahar), Naim Daniel (Purnama dan Lara duet bersama Haqiem Rusli serta Hael Husaini) serta Haqiem Rusli (Mimpi dan Lara duet bersama Naim Daniel dan Hael Husaini).

9 buah lagu yang turut berjaya adalah Boneka (Ernie Zakri), Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah), Salahku (Yonnyboii), AEWO (Shiha Zikir), Angkara (Siti Nordiana) Cinta (Marsha Milan) dan Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga).

Peminat Dakwa SFMM36 Hilang Taring

Dalam pada itu, di media sosial segelintir netizen mempertikaikan mengenai kelibat beberapa finalis SFMM36 yang tidak kelihatan dan digantikan dengan penyanyi-penyanyi lain. Malah, mereka turut menyifatkan edisi kali ini seperti sudah hilang taringnya.

Penyanyi Asal Tarik Diri Atas Beberapa Faktor 

Susulan itu, penerbit Datuk Mohkzani Ismail yang merupakan ketua juri bagi SFMM36 dan penerbit eksekutif Muzik-Muzik, Jamil Hassan tampil menjelaskannya. Menurut Jamil, keputusan beberapa penyanyi asal untuk tidak dapat membuat persembahan pada pusingan separuh akhir itu tidak diambil sewenang-wenangnya. Ini kerana pihak mereka hanya membenarkan mereka berbuat demikian atas beberapa faktor.

Jamil Hassan, penerbit eksekutif Muzik-Muzik

“Ada masalah dan ketidakbolehan mereka untuk buat persembahan ketika SFMM36. Pertimbangan ini kami ambil berdasarkan beberapa faktor seperti masalah kesihatan dan sudah merancang perjalanan mereka untuk menunaikan umrah. Malah, kami juga harus juga pertimbangkan dengan keadaan semasa” jelas Jamil

Tambah Mokhzani pula, mereka sememangnya inginkan penyanyi asal untuk membuat persembahan pada malam itu namun jelasnya mereka lebih mengutamakan kualiti pada sesebuah lagu.

Datuk Mokhzani Ismail

“Penyanyi bukannya saya nak kata tidak penting, tetapi kami membuat penilaian kepada lagu yang dipertandangkin itu sendiri. Jadi apa yang kami lakukan, kami telah berbincang dengan syarikat rakaman yang terlibat, siapakah penyanyi yang sesuai untuk menggantikan penyanyi-penyanyi yang tidak dapat menyanyikan pada pentas Semi Final.

“Kami membuat persetujuan bersama dan kesesuaian penyanyi yang menggantikan penyanyi asal juga diambil kira dari segi kualiti, suara dan kesesuaian melodi dengan lagu itu.

“:Disini, ingin kami tekankan sebenarnya memang kami mahukan penyanyi asal tetapi memandangkan dengan kekangan penyanyi tersebut kami terpaksa teruskan juga. Kalau diikutkan dari segi senarai penyanyi, 90% kami dapat bawakan penyanyi asal hanya segelintir yang tidak dapat membuat persembahan” kata Mokhzani

Mokhzani dan Jamil ditemui Murai.my secara virtual usai SFMM36 melabuhkan tirainya pada malam Ahad.

Selain maestro muzik itu, penilaian 30 buah lagu SFMM36 turut dibuat oleh juri-juri professional yang lain terdiri daripada Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet.

semi final muzik muzik
https://lomp.at/6olxe
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara