Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Seminggu Kunci Mulut Tanpa Menjelaskan Punca Batal Perkahwinan, Akhirnya Syafiq Kyle Kongsi Video Bersama Mimi Lana

by Puteri Alia
August 17, 2023
Share on Facebook

Darah manis! Itu antara yang sering dikatakan dalam tempoh mereka sedang bertunang. Perkara ini kerana dalam tempoh berkenaan sering kali dikatakan mengenai cabaran dalam hubungan.

Ada juga sebelum mengikat tali pertunangan, segala-galanya dalam keadaan baik dan mesra. Namun, dalam tempoh bertunang satu persatu cabaran dalam hubungan timbul.

Jika tidak bijak mengatur langkah untuk mengatasi cabaran itu, hubungan yang dibina ketika di alam percintaan boleh musnah begitu sahaja.

Selepas hampir seminggu mengunci mulut berhubung pembatalan majlis perkahwinan dengan Mimi Lana, perkongsian video kempen sebuah produk oleh Syafiq Kyle di Instagram (IG), petang tadi, mengundang pelbagai reaksi peminat.

Sekalipun menyedari video dikongsi adalah komitmen bagi projek dijayakan bersama pengeluar produk, namun, klip yang menampilkan Syafiq dan Mimi itu, membangkitkan pelbagai persoalan termasuk apakah pengumuman pembatalan pernikahan, baru-baru ini, sekadar gimik.

Sebaik viral, klip video yang menampakkan kemesraan pasangan itu, pantas mencetus pelbagai persepsi netizen. Antara pandangan dikongsi berbunyi:

“Mungkin ini (klip video) membabitkan kerja, mesti mereka ada tandatangani perjanjian.

“Apa jadi sekalipun, kenalah muat naik video. Korang ni pun, doakan sajalah yang baik-baik.”

“Ini tanggungjawab kerja. Sudah bayar kena la ‘post’. Perkara ini kenalah profesional,” komen seorang lagi pelayar internet.

Sementara itu, ada pengikut menganggap Syafiq yang terkenal dengan watak Ustaz Adam menerusi drama rantaian popular Nur, sengaja memberi ‘hint’ berikutan esok sepatutnya dia diijabkabulkan dengan Mimi.

“Ahh.. kena ‘prank’. Esokkan 18 hari bulan (Ogos),” kata seorang pengguna.

Baru-baru ini, Syafiq dan Mimi mengejutkan peminat apabila mengumumkan membatalkan majlis pernikahan dan resepsi yang dijadual berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang, esok.

Syafiq Kyle Hari-Hari Berangan Pilih Nama Anak–Mimi Lana Sedia Jadi Ibu Bila-Bila Masa

Berita pembatalan majlis pernikahan pasangan itu disahkan, pengurus Mimi, Iman Tang.

Usaha mendapatkan komen Syafiq berhubung pembatalan majlis pernikahan gagal apabila pelakon terbabit dan pihak pengurusan masing-masing tidak menjawab panggilan telefon atau kiriman WhatsApp.

Mimi Lanasyafiq kyle
https://lomp.at/niwfd
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

by Naddy Joe
February 25, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya....

Read moreDetails
Spotlight

Iman Tang Angkat Hujan Legenda, ‘HUJAN XX : #HUJAN20TAHUN’ Bukti 20 Tahun Keberanian

by Phic ARMAN
April 4, 2026

Kumpulan indie rock sensasi, Hujan bakal mencipta momen istimewa apabila meraikan ulang tahun ke-20 menerusi konsert HUJAN XX : #HUJAN20TAHUN....

Read moreDetails
Spotlight

Sarimah Ibrahim ‘Sound’ Artis Kritik Drama Tempatan- “Jangan Hentam Industri Sendiri!”

by Phic ARMAN
March 16, 2026

Dunia drama tempatan sekali lagi jadi topik perbualan hangat apabila beberapa selebriti meluahkan rasa tidak puas hati terhadap jalan cerita...

Read moreDetails
Spotlight

Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

by Phic ARMAN
April 8, 2026

Di sebalik dunia hiburan yang sering dihiasi senyuman dan glamor, terselit satu kisah yang cukup meruntun jiwa. MURAI mendapat tahu,...

Read moreDetails
Lokal

Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

by Naddy Joe
March 31, 2026

Pelakon dan penerbit, Datin Anne Ngasri menitipkan rasa syukur apabila dia dilantik sebagai Pengerusi Hotel Premiera bermula sejak 2 Mac...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara