Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Senarai Pesanan Grab Dedah Selera Malaysia & Singapura, Netizen Sentuh Isu Harga

by Noe
December 31, 2025
via Freepik /@rawpixel.com

via Freepik /@rawpixel.com

57
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu perkongsian tular di Reddit dan Threads baru-baru ini mencetuskan perbualan hangat di kalangan warganet apabila senarai makanan paling kerap dipesan menerusi Grab Malaysia dan Singapura didedahkan kepada umum.

Data ringkas itu bukan sekadar memaparkan apa yang popular di aplikasi penghantaran makanan, malah membuka perbincangan luas mengenai budaya makan, kos sara hidup, tahap kesedaran kesihatan dan realiti pilihan harian rakyat.

Most ordered restaurants on Grab Malaysia an Grab SG 2024 – 2025
byu/UncleMalaysia inmalaysia

Ayam Goreng, Nasi Lemak & Ramly Dominasi Selera Malaysia

Bagi pengguna Grab Malaysia, pilihan utama jelas memihak kepada makanan berat dan ‘comfort food’.

Antara yang tersenarai termasuk nasi lemak ayam goreng Village Park, ayamg goreng McD, Ramly Burger Ayam, mala xiang guo, roti canai mamak, sate ayam serta minuman manis seperti brown sugar pearl milk tea.

Piliha ini dilhat mencerminkan tabiat pemakanan tempatan yang mengutamakan rasa, kekenyangan dan harga yang berpatutan. Selari dengan gaya hidup harian rakyat Malaysia.

Singapura Lebih Seimbang

Di Singapura pula, senarai pesanan mempamerkan sedikit keseimbangan antara makanan siat dan tradisional. DIY salad bowl, steamed chicken rice dan chicken burrito bowl berada sebaris dengan McSpicy, prata dan 2 keping Chicken joy dari Jolibee.

Perbezaan ini mencetuskan perbandingan sihat antara dua negara berjiran, khususnya dari sudut kesedaran pemakanan dan pilihan diet.

Harga Jadi Faktor Penentu, Bukan Semata-Mata Kesedaran

Meninjau reaksi warganet di ruangan komen, ramai mengakui isu utama bukan kurang kesedaran tentang pemakanan kesihatan, sebaliknya soal kos.

Ada yang menyuarakan bahawa membayar RM15 untuk salad atau poke bowl terasa tidak berbaloi berbanding nasi goreng atau makanan panas yang boleh didapati sekitar RM7.

“Glamping” RM1,300, Realiti Mengecewakan – Isu Kebersihan & Layanan Cetus Kemarahan
via Reddit/ @ViNoBi3B
via Reddit /@Pillowish

Situasi ini turut mencerminkan realiti Malaysia, di mana memasak di rumah juga tidak semestinya menjimatkan jika dibandingkan dengan makanan luar yang murah dan sedap.

Kesihatan Awam Jadi Bahan Sindiran Netizen

Tidak kurang juga komen sinis yang mengaitkan senarai makan tersebut dengan isu obesiti dan diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia.

via Reddit /@abdulsamri98

Walaupun berunsur gurauan, ia secara tidak langsung mencerminkan kesedaran kolektif bahawa gula, minyak dan karbohidrat berlebihan sudah menjadi kebiasaan, malah dinormalisasikan dalam rutin harian.

Ketiadaan pilihan seperti salad dalam carta popular Malaysia turut menjadi perhatian, mencetuskan persoalan tentang akses, harga dan keutamaan pengguna.

Antara Realiti & Refleksi Nasional

Perbualan warganet jelas menunjukkan rakyat sedar akan isu pemakanan, namun terikat dengan realiti harga, masa dan kemudahan.

Ia bukan soal malas atau tidak peduli kesihatan, tetapi pilihan paling praktikal dalam situasi sebenar. Senarai pesanan Grab ini akhirnya menjadi cermin kecil kepada gaya hidup masyarakat moden.

Persoalannya, mampukah makan sihat menjadi pilihan arus perdana jika harganya terus berada di luar jangkauan? Atau selera rakyat akan kekal ditentukan oleh apa yang paling murah, cepat dan mengenyangkan?

bandingan pemakananGrab Malaysiaisu pemakanankos hargakos sara hidupsuara netizen
https://lomp.at/r826m
Share23Tweet14SendShare

KINI TRENDING

via Malay Mail
Sosial Buzz

Nak Berbuka Cepat, Tapi Order Last Minute? – Rider Luah Rasa Kecewa, Minta Pelanggan Lebih Bertimbang Rasa

by Noe
March 13, 2026

Bulan Ramadan sememangnya waktu paling sibuk bagi industri penghantaran makanan. Setiap petang menjelang waktu berbuka, ribuan pesanan masuk serentak apabila...

Read moreDetails
Insentif

KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

by Ayu Kamaruddin
February 23, 2026

Program KAHA MAIDAM 2026 kembali dilaksanakan sebagai bantuan tambahan kepada golongan asnaf fakir dan miskin yang telah sedia menerima bantuan...

Read moreDetails
via Imagefx
Sosial Buzz

Pemandu E-Hailing Didakwa Tonton Video Ketika Memandu, Penumpang Luah Kebimbangan Soal Keselamatan

by Noe
February 25, 2026

Isu keselamatan perkhidmatan e-hailing kembali menjadi perbualan hangat apabila seorang individu tampil berkongsi pengalaman kurang menyenangkan melibatkan seorang pemandu yang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Rumah Lelong Di Semenyih Ini Dikaitkan Dengan Filem Seram ‘Ju On’. Kenapa?

by Phic ARMAN
February 6, 2026

MURAI terdiam seketika membaca satu perkongsian yang tular di Threads. Bukan kerana harga rumah yang menjunam drastik, tetapi kerana kisah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Kehadiran Rafidah Ibrahim Di Sisi Balu Arwah Amirul Hafiz Cetus Rasa Kurang Senang

by Phic ARMAN
April 1, 2026

Suasana sayu di luar mahkamah bertukar sedikit tegang di media sosial apabila satu video memaparkan balu Allahyarham Amirul Hafiz Omar...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara