• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Sengaja Buat Macam Ni Untuk Nama Naik Tiap Minggu Ke?”- Dr. Fie

by Nurul A.
December 30, 2025
Foto - @nubhan.ahamad (IG) / @drfietawfek (Threads)

Foto - @nubhan.ahamad (IG) / @drfietawfek (Threads)

42
KONGSIAN
Share on Facebook

Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, atau lebih mesra disapa sebagai Dr. Fie baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas meluahkan rasa kecewanya terhadap bekas suami, Nubhan.

Menerusi platform Threads semalam, Dr. Fie mempersoalkan sama ada dia sengaja dijadikan sebagai konten oleh bekas suaminya itu. Dedah doktor pergigian itu, dirinya seperti tidak diberikan ruang selepas timbul beberapa isu selepas perceraiannya dengan Nubhan.

“Bagilah I bernafas sekejap. Tiap-tiap minggu I macam tercungap-cungap. Lepas cerai-hal bibik-hal hadhanah-hal hospital-hal cium anak-hal halau rumah.”

View this post on Instagram

“Bagilah I bernafas jap. Saya ni di-content-kan ke apa? Memang sengaja buat macam ni untuk nama naik tiap-tiap minggu ke? Ya Allah… Tak larat. Energy habis.”

Dalam beberapa hantaran sebelum luahannya itu, Dr. Fie mendakwa bekas suaminya telah membuang barang-barang peribadi miliknya dan anak-anak tanpa sebarang pemberitahuan.

View this post on Instagram

Barang-barang tersebut didakwa telah diangkut keluar dari rumah ketika dia dan anak-anak sedang bercuti di luar negara. Lebih menyedihkan, Nubhan didakwa ditinggalkan di hadapan rumah ibu bapanya.

“Kita di overseas. Habis diangkut barang-barang ku keluar dari rumah I duduk sekarang dengan anak-anak. Tanpa inform saya! Kejam kamu @nubhan.ahamad! Barang-barang ku dicampak je didepan rumah ibu. Sedih diperlaku begini. Pernah dah dia buat saya macam ni. Ini bukan kali pertama. Telefon maid pun dirampas.”

View this post on Instagram

Akui Dr. Fie, kejadian ini bukanlah kali pertama berlaku. Sebelum ini, Nubhan didakwa pernah meninggalkan baju anak-anaknya dan Dr. Fie di hadapan rumah ibu bapanya.

“Kesian kat parents Fie. Balik-balik tengok barang anak dia semua kat rumah dia takde notis. Sorry Ibu Ayah. Along tak sangka dia buat macam ni bu. Dulu Ibu kutip baju-baju Along, dia tinggal depan rumah ibu. Hari ni dia buat lagi.”

Untuk rekod, sehingga ke hari ini penyanyi Nubhan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dakwaan tersebut. Apa-apa pun, MURAI mengharapkan agar Dr. Fie mendapat penjelasan sepatutnya dan dipermudahkan urusan!

Bekas Adik Ipar Gelar Nubhan Dengan Gelaran ‘Lelaki Pondan’! Dedah Sikap Sebenar Penyanyi Ini!
Dr Fiedr fie tawfekNubhan
https://lomp.at/dalig
Share17Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Hollywood

Brad Pitt ‘Ganti Wajah’ Watak Ikonik Léon, Video AI Ini Cetus Debat Panas Netizen

by Iffah Najwa
December 25, 2025

Satu video janaan kecerdasan buatan (AI) yang tular baru-baru ini di platform X kembali menghidupkan perbincangan hangat mengenai had sebenar...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fazura Bersyukur Dapat Tunai Impian Fatima Ke Disneyland Paris

by Naddy Joe
January 5, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mencuri perhatian netizen selepas menunaikan impian anak perempuannya, Nur Fatima Aisya untuk bercuti di taman...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
#ApaPlan

GALAXY 1986: Hadiah Istimewa Kim Jae Joong Untuk Peminat Singapura

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Para peminat Kim Jae Joong, bersiaplah! Penyanyi, penulis lagu dan pelakon Korea Selatan ini bakal mengadakan fan-con solo pertamanya di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore