Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Sentiasa Dikelilingi Wanita, Shah Rukh Khan Dedah Sebabnya…

by Nurul A.
September 11, 2025
Foto - India Forums

Foto - India Forums

Share on Facebook

Nama Shah Rukh Khan tidak lagi asing di India dan juga seluruh dunia. Shah Rukh yang turut digelar sebagai King of Khan, bukan sahaja seorang pelakon terkenal tetapi juga ikon untuk setiap generasi.

Menariknya untuk golongan wanita, Shah Rukh ini lebih daripada seorang bintang filem kerana ramai peminat wanitanya melihat dia sebagai simbol kebebasan untuk menentukan hidup kerjaya dan juga pilihan hati mereka.

View this post on Instagram

A post shared by Shah Rukh Khan (@iamsrk)

Memetik kata-kata Shrayana Bhattacharya dalam buku ‘Desperately Seeking Shah Rukh Khan: India’s Lonely Young Women and the Search for Intimacy and Independence‘, ramai wanita terutamanya peminatnya menjadi pelakon ini sebagai tempat mereka “lari” apabila kehidupan realiti tidak menjadi seperti apa yang mereka bayangkan.

“Wanita bergantung pada Shah Rukh apabila mereka mendapati dunia sebenar, pandemuk dan praktikalnya tidak baik serta tidak seperti yang dibayangkan.”

Bukan disebabkan oleh lakonannya sahaja, tetapi cara dia menghargai wanita telah membuatkan golongan ini rasa seperti ada harapan dan ruang untuk bernafas.

View this post on Instagram

A post shared by Locarno Film Festival (@filmfestlocarno)

Ketika di Forum Dunia di Davos pada 2008, Shah Rukh berkata dia sangat menghormati dan menghargai wanita di sekelilingnya. Hidup dikelilingi wanita sejak kecil telah membuatkan rasa hormat dalam diri Shah Rukh hadir secara semula jadi.

Pada masa yang sama, Shah Rukh dengan tegasnya mengatakan dia sentiasa memastikan lokasi penggambaran selamat dan selesa untuk semua pelakon wanita. Dia tidak akan memberi peluang untuk pelakon wanita diganggu atau dilayan dengan tidak adil.

“Secara peribadi, apabila kami bekerja dalam filem, saya sangat menghormati wanita. Satu contoh kecil ialah mempamerkan nama mereka pada permulaan kredit. Nampak kecil tetapi ia memberi impak besar kepada wanita. Dan tiada siapa yang berani mengacau wanita di lokasi penggambaran saya.”

Tak dinafikan Shah Rukh Khan bukan sahaja pelakon popular tetapi juga lambang harapan bagi wanita kerana dia mampu menunjukkan rasa empati, menghargai dan hormat kepada golongan tersebut.

Akui Tak Amal Ajaran Islam Dalam Kehidupan, Shah Rukh Khan Kongsi Momen Pertama Solat
shah rukhshah rukh khan
https://lomp.at/b7cae
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Berita

“Mesej Dihantar Masih Tak Dibaca”- Nuh Travel Beri Penjelasan

by Naddy Joe
January 16, 2026

Baru-baru ini tular berita kehilangan pelakon, Nadia Kesuma yang gagal dikesan setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz,...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Caprice Dedah Taska Terkenal Kurung Budak Autisme Dalam Stor? Netizen Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 21, 2026

Baru-baru ini tular video yang memaparkan kanak-kanak autisme yang didakwa dikurung di dalam stor salah sebuah taska terkenal di Shah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara