• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita

Serang Kedutaan US Kerana Geram Sokong Israel, Caprice “Payung” Duit Bayar Saman Pemuda Usia 23 Tahun

by Puteri Alia
November 8, 2023
Share on Facebook

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice berbesar hati untuk membayar saman berjumlah RM1,000 yang dikenakan terhadap seorang pemuda atas kesalahan menconteng tembok bangunan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dengan perkataan ‘terrorist’ (pengganas) oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Menerusi hantaran yang dikongsikan Caprice dalam Instagram miliknya, penyanyi berusia 35 tahun itu meminta pengikutnya untuk memberitahu pemuda tersebut bahawa dia akan membayar saman berjumlah RM1,000 bagi pihaknya.

“Siapa-siapa kenal adik ini, beritahu dia RM1,000 itu (saman), saya ‘payung’ (bayarkan). Insya-Allah jualan hari ini memang padu,” ujar Caprice.

Niat murni pemilik nama lengkap Ariz Ramli itu sekali gus menarik perhatian netizen apabila rata-rata menyokong tindakannya untuk membantu pemuda tersebut dan mendoakan agar dirinya sentiasa dimurahkan rezeki.

“Semoga kau dan ahli keluarga kau dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Amin,” ujar seorang netizen.

“Terbaik Cap. Semoga dimurahkan rezeki,” ujar seorang lagi pengikutnya.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pengguna Instagram seakan-akan tidak bersetuju dengan bantuan yang dihulurkan Caprice apabila menganggap perbuatan yang dilakukan oleh pemuda tersebut adalah salah kerana melakukan vandalisme.

“Vandalisme (melakukan kerosakan pada harta awam) tetap salah. Tidak boleh dinormalisasikan,” ujar seorang netizen.

Terdahulu, majistret Wong Chai Sia hari ini menjatuhkan hukuman denda terhadap Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah, 23, selepas tertuduh yang bekerja sebagai jurutera projek itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan, jika gagal membayar denda itu dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Ridzwan didakwa melakukan khianat iaitu merosakkan harta kepunyaan Kedutaan Besar Amerika Syarikat sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200 iaitu menconteng tulisan ‘terrorist’ menggunakan penyembur cat warna merah.

Kesalahan itu dilakukan di tembok luar bahagian Utara Kedutaan Amerika Syarikat menghadap Jalan Tun Razak di sini antara pukul 5.30 pagi hingga pukul 5.45 pagi pada 28 Oktober lalu.

https://lomp.at/c54lh
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Abby Abadi Tersentuh Dengar Nasihat Bapa Amira Othman-“Buat Saya Nangis, Ingat Arwah Ayah Dulu’”

by Puteri Alia
October 14, 2025

Pelakon, Abby Abadi meluahkan rasa tersentuh selepas mendengar ucapan penuh makna yang disampaikan oleh bapa kepada penyanyi dan pelakon, Amira...

Read more
via Instagram @bellaastillah
Lokal

Comel… Gelagat Ayden Nak Jadi Doktor Curi Perhatian Netizen

Anak sulung Bella Astillah, Ayden atau nama penuhnya Mohamed Ayden Adrean bin Mohammad Aliff, terus mencuri perhatian ramai dengan kepintaran...

Read more
by Farah Fatihah
December 23, 2025
Foto - @fitryramly (Threads) / @missfazura (IG)
Lokal

[VIDEO] Pesona Keayuan Sultanah Bahiyah Curi Perhatian, Ada Yang Samakan Wajah Dengan Fazura

Beberapa hari ini, telah tular sebuah video di media sosial, terutamanya platform Threads yang memaparkan Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul...

Read more
by Nurul A.
October 1, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Sharifah Shahirah Kacau Anak Kerja Barista, Buatkan Netizen Terhibur

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Sharifah Shahira yang mengacau anaknya yang sedang bekerja sebagai barista itu. Di dalam video...

Read more
by Noah Ab
November 14, 2025
Lokal

Hati Umisya Remuk, Sedih Sangat Baca Netizen Doa Anaknya Warisi Sifat ‘Poligami’ Aslam

Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan tampil menjernihkan keadaan apabila sekali lagi menjadi tumpuan susulan isu rumah tangga melibatkan suaminya, Ahmad...

Read more
by Puteri Alia
November 12, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Bantuan Kanak-Kanak Keluarga B40 Sebanyak RM1000- Jom Mohon Segera!

  5. 5

    Fazura Dedah “Pantang No.1” & Pet-Peeves Dalam Kehidupan Seharian: “Kalau Kena Duit Dia, Sebiji Coklat Pun Tak Sanggup!”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore