• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sering Tertanya-Tanya Apa Lagi Bentuk Bantuan Boleh Dihulurkan Selain Berdoa, Mira Filzah Sakit Hati Lihat Saudara Islam Terseksa

by Puteri Alia
October 19, 2023
Share on Facebook

Tidak sanggup melihat ramai kanak-kanak terkorban, pelakon Mira Filzah menyifatkan kezaliman rejim Zionis mengebom sebuah hospital di Gaza, Palestin sebagai tidak berperikemanusiaan.

Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, berkata, perbuatan kejam yang dilakukan Israel laknatullah ketika ini membuatkan hatinya turut terkesan tatkala melihat lambakan video dan foto menyayat hati dalam media sosial.

“Setiap masa ada sahaja video kanak kanak, bayi, yang cedera parah, yang menangis, Allahuakbar. Tidak sampai hati nak tengok.

“Perbuatan Israel mengebom hospital, itu bukan perbuatan manusia tapi syaitan. Jijik sangat dengan tindakan mereka,” katanya dalam Instagram semalam.

Dramatis yang popular menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan itu mengakui, sering tertanya-tanya kepada diri sendiri, apakah bentuk bantuan lain untuk dihulurkan, selain doa dan derma bagi mengurangkan kesengsaraan yang dilalui penduduk Gaza.

“Sakit hati dan sakit kepala memikirkan kehidupan mereka disana. Setiap kali nampak video dan gambar gambar mereka di sana, setiap kali itu juga mulut ni terkumat-kamit. Astaghfirullah hal ‘azim.

“Rasa tidak berdaya dan nak peluk anak-anak ini. Ya Allah, apa aku boleh buat? Cukup ke duit yang aku derma, sampai ke, Allah bagi kita rezeki banyak ini dan patut ke beri lebih lagi?” soal Mira.

Yakin dengan takdir Tuhan, ibu anak satu itu percaya setiap doa yang dititipkan buat penduduk Gaza mampu membawa kepada keajaiban sekaligus mengakhiri perang yang berlaku ketika ini.

“Kita hanya mampu berdoa dan tolong dari jauh. Doa semoga semua ini segera berakhir dan tiada lagi kanak-kanak yang kematian ibu bapa.

“Janji Allah itu pasti. Syurga untuk mereka di Palestin, mati syahid dan anak kecil dibunuh itu pasti.

“Syurga juga untuk mereka yang melindungi dan mempertahan Masjid al-Aqsa. Sedangkan kita? Lindungilah mereka ya-Allah,” katanya lagi.

Semalam, dunia dikejutkan dengan berita tragis apabila sebuah hospital di Gaza, Al-Ahli Baptist dibom oleh Israel sehingga mengorbankan lebih 600 nyawa termasuk kanak-kanak.

[VIDEO] Mira Filzah Jawab Persoalan Netizen Mengenai Anaknya “Badan Terlalu Kurus”

Kekejaman itu mengundang rasa marah dan ramai yang menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai

mira filzah
https://lomp.at/gck7x
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Peminat Teruja Lihat Koleksi Robot Milik Afwa Khalid-“Tak Sangka Minat Kita Sama”

by Noah Ab
October 23, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Afwa yang sedang bermain dengan permainan robot miliknya itu. Afwa juga menerangkan mengenai...

Read more
Gossip

Iman Troye Kongsi Foto Jejaka Misteri, Ada Yang Dakwa Gimik Lagu Baru?

Perkongsian terbaharu penyanyi, Iman Troye di akaun TikTok miliknya mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen, Menerusi hantaran tersebut, Iman Troye...

Read more
by Naddy Joe
December 1, 2025
Lokal

[VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan anak kepada Fazura dan Fattah Amin iaitu Fatima yang sedang membuka hadiah pemberian...

Read more
by Noah Ab
November 4, 2025
Lokal

Janna Nick Terkejut Lobster Roll Harrods Viral: “RM98 Tapi Kosong Weh!”

Pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick, baru-baru ini mencuba menu yang menjadi viral di Harrods, London iaitu Lobster Row. Makanan...

Read more
by Iffah Iffah
December 4, 2025
Foto - @iamsrk (IG)
Bollywood

Tersenarai Dalam Forbes, Shah Rukh Khan Kini Sertai Kelab Bilionair

King of Bollywood, Shah Rukh Khan telah menyertai kelab jutawan itu buat pertama kali, menjadi salah seorang pelakon terkaya di...

Read more
by Nurul A.
October 10, 2025
Lokal

[VIDEO] Che Ta ‘Usik’ Aaisyah Bertudung, Netizen Terhibur!-“Dia Pun Iman Turun Naik..”

Gelagat pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta bersama anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana sentiasa menghiburkan netizen...

Read more
by Naddy Joe
October 29, 2025
Lokal

Siti Sairah Tegur Perbuatan Buruk Sihir, Tapi Rahsiakan Siapa Disasarkan

“Apa yang saya tulis itu adalah luahan yang terpendam dan bila sudah diluah, biarlah ia berlalu,” ujar penyanyi Siti Sairah,...

Read more
by Puteri Alia
November 20, 2025
Musik

“Semoga Saja” Bukan Sekadar Lagu Cinta – Aisha Retno Dedah Kisah Sebenar!

Sejak kemunculannya dalam industri muzik pada 2018, Aisha Retno terus mencipta nama sebagai penyanyi berbakat besar dengan suara yang unik...

Read more
by Aphit J.
October 4, 2025
Foto - @onlybollywoodmasti (IG)
Bollywood

Gara-Gara Adegan Ini, Madhuri Dixit Trauma Berlakon Dengan Vinod Khanna

Nama Vinod Khanna dikenali dalam industri hiburan Bollywood kerana gaya fesyennya dan turut dipuji sebagai aktor yang paling kacak. Vinod...

Read more
by Nurul A.
November 14, 2025
Lokal

[VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan satu video dimana Fatima mengambil banyak 'blind box' sehingga membuatkan Fazura terkejut, namun...

Read more
by Noah Ab
November 24, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  4. 4

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

  5. 5

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore