Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Seronok Jadi Kartun, Tapi Data Selamat? Trend Karikatur AI Cetus Persoalan Privasi

by Phic ARMAN
February 9, 2026
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau anda buka media sosial sejak kebelakangan ini, mesti perasan satu benda, timeline tiba-tiba penuh dengan gambar versi kartun kawan-kawan anda.

Ada doktor, cikgu, penyampai radio, jurulatih kecergasan, ejen hartanah, semua tampil dalam bentuk karikatur dengan latar belakang yang menggambarkan kerjaya masing-masing. Menariknya, ‘pelukis’ di sebalik trend viral ini bukan manusia, tapi ChatGPT.

MURAI nampak, caranya mudah saja. Pengguna muat naik gambar sendiri ke platform AI, kemudian beri arahan seperti:

“Create a caricature of me and my job based on everything you know about me.”

Tak lama lepas itu, keluar satu ilustrasi kartun yang kadang-kadang nampak comel, kadang-kadang kelakar, tapi ramai kata… tepat!

Seorang doktor pelatih dari Boston University, Dr. Jose Meade misalnya, berkongsi karikaturnya lengkap dikelilingi peralatan perubatan termasuk mesin ultrasound. Katanya, lagi lama tengok, lagi rasa memang menggambarkan dirinya.

I asked @ChatGPTapp to do a cartoon of my work based on everything it knows about me… the more you look at it, the more accurate it is! pic.twitter.com/OpP03Ok1XN

— Jose A. Meade, MD (@JoseMeadeMD) February 5, 2026

Apa yang buat trend ini lain daripada aplikasi kartun biasa ialah elemen “AI kenal kita”. Bukan sekadar tukar muka jadi animasi, tapi sistem cuba membayangkan personaliti, rutin kerja, pakaian dan suasana profesional berdasarkan maklumat yang pernah dikongsi.

Maksudnya, lagi banyak info diberi, lagi detail hasilnya.

Adakah Selamat?

Seronok Kongsi Maklumat, Tanpa Sedar Bina Profil Digital Sendiri

Menurut pakar keselamatan siber, perkara yang paling membimbangkan bukanlah ilustrasi atau imej yang dihasilkan AI itu sendiri, tetapi maklumat yang dikongsikan pengguna untuk mendapatkannya. Apabila seseorang berkongsi butiran seperti pekerjaan, majikan, rutin harian atau lokasi yang mudah dikenali, maklumat tersebut sebenarnya boleh dimanipulasi untuk menjadikan mesej penipuan kelihatan lebih meyakinkan.

Penganalisis Keselamatan dari Pasukan Penyelidikan dan Analisis Global Kaspersky, Leandro Cuozzo menjelaskan bahawa ramai pengguna tidak sedar mereka sedang mendedahkan maklumat penting. Menurutnya, apabila seseorang berkongsi maklumat tentang kerja, keluarga atau rutin harian, data tersebut secara tidak langsung boleh digunakan untuk penipuan yang sangat disasarkan atau penyamaran identiti.

Tambahnya lagi, pendedahan data peribadi secara berterusan boleh menjadi “pintu masuk” kepada pelbagai serangan siber seperti kecurian identiti, taktik social engineering atau penipuan yang direka khas berdasarkan maklumat mangsa.

Bukan Sekadar Gambar, Banyak Data Turut Disimpan

Dalam masa sama, ramai juga yang memandang ringan jumlah data yang sebenarnya disimpan apabila berinteraksi dengan platform AI. Bukan sahaja imej akhir yang dihasilkan, malah sesetengah perkhidmatan turut menyimpan gambar asal yang dimuat naik, arahan bertulis (prompts), sejarah penggunaan serta data teknikal seperti alamat IP,  bergantung kepada dasar privasi masing-masing.

Sebagai contoh, dasar privasi OpenAI menyatakan bahawa kandungan yang dihantar ke alat seperti ChatGPT  termasuk gambar yang dimuat naik dan arahan bertulis mungkin disimpan serta digunakan untuk menambah baik perkhidmatan mereka, kecuali pengguna memilih untuk tidak menyertainya melalui tetapan tertentu.

Pendek kata, teknologi AI memang menyeronokkan untuk diteroka. Namun dalam keterujaan mencuba trend baharu, jangan sampai maklumat peribadi kita pula jadi “umpan” kepada pihak tidak bertanggungjawab.

ChatGPTDr. Jose Meade
https://lomp.at/q4w4o
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Bagasi Selamat Sebelum Terbang, ‘Kosong’ Selepas Mendarat Undang Simpati Ramai

by Naja Nix
January 31, 2026

Satu perkongsian di media sosial baru-baru ini mencetuskan perbualan hangat apabila perkongsian itu memaparkan keadaan bagasi seorang individu sebelum dan...

Read moreDetails
Insentif

STR Fasa 2 Dah Masuk? Ini Cara Semak Status Bayaran Anda

by Ayu Kamaruddin
March 10, 2026

Berita baik buat penerima bantuan kerajaan, Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bagi tahun 2026 mula disalurkan secara berperingkat...

Read moreDetails
via reddit
Sosial Buzz

Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

by Naja Nix
February 12, 2026

Seorang pelancong meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dikenakan caj berbeza daripada harga yang dimaklumkan ketika menikmati hidangan di sebuah kawasan...

Read moreDetails
via Imagefx
Sosial Buzz

Lampu Berkelip & Bau Hangit Tengah Malam, Rupanya Fius Terbakar – Tindakan Pantas Selamatkan Keadaan

by Naja Nix
February 25, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila seorang wanita berkongsi detik cemas yang berlaku di rumahnya sekitar...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Tak Hon, Tak Call? Makanan Ditinggal Hingga Dihurung Burung Cetus Perdebatan

by Naja Nix
March 17, 2026

Perkongsian seorang individu di Thread baru-baru ini mencuri perhatian apabila meluahkan rasa kecewa selepas pesanan makanan yang diterima dibiarkan tanpa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara