Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Shahrulezad Hilang Sabar Dengan Sikap Negatif Individu Yang Tidak Peduli Nasihat

Pngarah terkenal ini juga menasihati agar individu tersebut berjumpa dengan pakar dalam hal rumahtangga

by Puteri Alia
October 12, 2021
Foto - Instagram/Facebook Shahrulezad Mohameddin

Foto - Instagram/Facebook Shahrulezad Mohameddin

Share on Facebook

Tular di media sosial  hantaran milik pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin yang berkongsi rasa tidak puas hati mengenai sikap individu yang negatif.

Tak Mahu Terjerat Dalam ‘Vibe’ Negatif

Pengarah berbakat ini mengatakan dirinya tidak dapat bersabar lagi untuk mendengar pelbagai aduan yang penuh negatif, apatah lagi individu tersebut gemar menceritakan mengenai hal peribadi namun enggan berusaha untuk mengubah situasi diri.

Foto – Instagram/Facebook Shahrulezad Mohameddin

“Bila kita nasihat dia tak nak dengar. Dia nak suruh kita jadi tukang dengar komplen dia tanpa dia berusaha nak ubah situasi ni. Silap-silap dia tarik kita sekali dalam negatif vibe tu.

Maaf abam bukan jenis ‘penyabar’ dengan orang yang macam ni. Sekali dua kau nak mengadu nasib aku boleh layan lagi tadi. Kalau dah hari-hari atau kalau asyik jumpa, atau telefon jer jenis tak habis-habis bercerita benda negatif yang sama atas alasan nak luah rasa stress.

Sila cari telinga kuali lain sis.” Tulisnya

Luah Masalah Peribadi, Mohon Jumpa Pakar

Selain itu, pengarah terkenal ini juga menasihati agar individu tersebut berjumpa dengan pakar dalam hal rumahtangga untuk mencari penyelesaian kerana dirinya bukanlah orang yang sesuai untuk mendengar masalah yang diluahkan itu.

Foto – Instagram/Facebook Shahrulezad Mohameddin

“Abam ada had abam sendiri.. Lagipun abam bukan orang yang sesuai untuk korang luahkan segala cerita peribadi yang tak ada penyelesaian tu.

Tu korang kena jumpa pakar. Bukan abam. Abam jenis cepat tak sabar kalau tengok orang suka merengek-rengek bercerita masalah peribadi tanpa tujuan.” Tulisnya lagi

Betul juga kata Shahrulezad, ada masalah peribadi atau hal rumahtangga lebih baik berjumpa dengan pakar untuk mencari jalan penyelesaian.

Bukan tak boleh luahkan pada orang terdekat tapi kalau berhari-hari cerita perkara sama dan tiada perubahan dilakukan pun tak boleh juga. Jadi baik jumpa pakar.

Shahrulezad Mohameddin
https://lomp.at/igm06
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
Lokal

Mimie Haris Umum Telah Bercerai-“Untuk Elak Fitnah & Salah Faham…”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Penyanyi dan pengacara, Mimie Haris memberi makluman mengenai dirinya yang telah berpisah dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md. Dahilin setelah...

Read moreDetails
Lokal

Noh Salleh Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isteri”-Permaisuri Keluarga Kita…”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menitipkan ucapan istimea sepena hari lahir isterinya, Fatin Athira Mustapa pada  Selasa, baru-baru ini. Isteri...

Read moreDetails
Foto - @jibreelhq (IG) / @adira.suhaimi (IG)
Lokal

Perjelas Status Perkahwinan Dengan Datuk Red, Adira Tegas Tidak Pernah Rujuk

by Nurul A.
January 20, 2026

Penyanyi Adira Suhaimi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia telah rujuk semula dengan bekas suami, Datuk Red seperti yang tular sebelum...

Read moreDetails
Foto - @mrsaprenamanrose (IG)
Lokal

Aprena Manrose Kesal Isu Anak & Buka Tudung Dikaitkan- “Takut Saya Jadi Gila”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pelakon Aprena Manrose menjadi perhatian ramai selepas tampil meluahkan rasa kecewanya baru-baru ini. Luahan itu dibuat susulan ramai yang mengaitkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Insentif Mahasiswa Anak Johor RM200 Dibuka Untuk Pelajar IPT, Ini Cara Mohon & Semak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara