Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Shakilla Terkejut Anak Perempuannya ‘Meminta’ Seorang Ayah Tiri Berketurunan Mat Salleh

by Puteri Alia
December 13, 2023
Share on Facebook

Kalau status sudah bergelar solo, apa salahnya jika mahu menjalin cinta.

Pelakon Shakilla Khoriri terkejut apabila diajukan soalan daripada anaknya, Ameena Sofia yang tidak semena-mena ‘meminta’ seorang ayah berketurunan mat salih.

Kata Shakilla atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd. Khoriri, si kecil yang baharu berusia empat tahun itu mengatakan semua kawan-kawan ibunya sudah berkahwin dan mendapat cahaya mata.

“Semua orang dah sudah kahwin tahun ini, semua dah dapat ‘baby’, Umi sahaja belum, bila Umi mahu berkahwin lagi.

“Saya nak juga ‘baby’, nak dapat bayi kembar,” ujar Ameena menerusi sebuah video dalam TikTok yang dikongsi Shakilla.

Lebih menarik dan mencuit hati, Ameena turut meminta ibunya itu untuk mencari bakal suami berdarah kacukan orang putih.

“Umi cari la suami baru, cari lelaki mat salih.

“Ameena selalu doa kat sekolah. Hari-hari doa biar Umi kahwin lagi,” jawab anak comelnya itu apabila Shakila memintanya untuk terus berdoa kepada Allah.

Meninjau ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak mendengar perbualan mereka, terutama gelagat Ameena yang seolah-olah memahami ibunya perlukan peneman hidup.

“Sebak dengar perbualan ini, Ameena macam faham Shakilla perlukan pendamping hidup, moga yang terbaik untuk kalian berdua,” demikian komen seorang netizen.

“Ikhlas doa anak untuk ibunya, dia faham dan macam boleh menerima keadaan Shakilla dan Fizi Ali,” komen netizen itu.

Sebelum ini, pelbagai kontroversi menimpa ibu tunggal itu termasuk tuduhan menjalinkan hubungan skandal bersama suami orang dan menjadi perosak rumah tangga orang lain.

Tidak cukup dengan itu, timbul pula isu apabila aktres terbabit meluahkan rasa kurang senang apabila mulut anaknya ditekup kakak tirinya ketika bergambar pada hari pernikahan kedua Fizi Ali.

Shakilla Khoriri Tak Dengar Khabar Ameena Selama 9 Hari Di Mekah-"Umi Tak Kecil Hati.."

Fizi dan Shakilla pernah berkahwin pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

shakilla khoriri
https://lomp.at/ybq03
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- “Lawak Tapi Kesian”

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon Kamal Adli sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video kejut sahurnya pada hari kedua berpuasa di platform...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  4. 4

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

  5. 5

    Individu ‘Flex’ Jadi Rakan Kelas Tengku Ampuan Pahang, Tapi Komen Netizen Buat Ramai Terhibur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara