• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dah Lama Bercinta, Tapi Shalma Eliana Tak Sedia Kahwin Dengan Ismail Izzani? Ini Alasannya

by Soph Azz
June 22, 2021
Foto - @ismailizzani_ (Instagram)

Foto - @ismailizzani_ (Instagram)

Share on Facebook

Baru-baru ini penyanyi, Shalma Eliana menegaskan dia tidak akan mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Ismail Izzani dalam masa terdekat.

Walaupun ada khabar angin mengenai mereka bakal berkahwin, Shalma berkata dia tidak memikirkan fasa tersebut memandangkan usianya masih muda.

Fasa Perkahwinan Tak Penting

Dipetik daripada BH Online, Shalma mendedahkan hubungan mereka sudah terjalin sejak sekolah menengah lagi dan menjadi semakin serius sehingga sekarang.

Foto – @shalmaeliana (Instagram)

Kongsi penyanyi itu lagi, dia sememangnya mempunyai niat untuk berkahwin dengan Ismail. Tetapi memandangkan mereka baru berusia 21 tahun, soal perkahwinan tidaklah penting buat masa ini.

“Hubungan kami serius, tetapi bukanlah waktu terdekat memikirkan fasa seterusnya. Banyak perkara yang ingin saya kecapi sebelum menamatkan zaman bujang. Saya hanya akan memikirkan apabila usia mencecah 25 tahun”, kongsinya pada BH Online.

Foto – @shalmaeliana (Instagram)

Shalma juga berkata pada usianya yang muda ini, dia dan Ismail akan mengejar impian terlebih dahulu seperti memiliki segulung ijazah dan menikmati kehidupan remaja.

Mahu ‘Enjoy’ Zaman Remaja Terlebih Dahulu 

Shalma ini juga berkongsi ibu bapanya mendorong diri dia untuk menyambung pengajian dan mencapai impiannya iaitu mendapatkan segulung ijazah.

Foto – @shalmaeliana (Instagram)

“Lagipun, ibu bapa menggalakkan saya menyambung pengajian dan dapatkan segulung ijazah. Mereka mahu saya menikmati hidup remaja sepuasnya dan mencapai impian sebelum berkahwin,” ujar Shalma.

Penyanyi itu juga berkata dia dan kekasihnya akan bersama-sama menikmati kehidupan remaja mereka sebelum melangkah ke fasa seterusnya pada masa akan datang.

Foto – @shalmaeliana (Instagram) / Harian Metro

Terdahulu Ismail Izzani telah menghadiahkan kekasihnya sebentuk cincin sebagai tanda hubungan mereka sebelum Shalma meneruskan pengajian di United Kingdom.

Ismail Izzanishalma eliana
https://lomp.at/9dfi2
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Bantuan Kanak-Kanak Keluarga B40 Sebanyak RM1000- Jom Mohon Segera!

  5. 5

    Fazura Dedah “Pantang No.1” & Pet-Peeves Dalam Kehidupan Seharian: “Kalau Kena Duit Dia, Sebiji Coklat Pun Tak Sanggup!”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore