Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Cukup Dah Lagu Pusing-Pusing Bunyi Sama’- Sharnaaz Ahmad Puji Shila Amzah & SOG

by Zaidin Albert
March 7, 2022
Share on Facebook

Malam tadi menyaksikan lagu Pelukan Angkasa nyanyian Sekumpulan Orang Gila (SOG) & Shila Amzah dipilih menjadi juara AJL 36. Rata-rata peminat sudah menjangkakan kemenangan mereka. Manakan tidak, selepas selesai sahaja persembahan, ramai penonton di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang memberikan standing ovation .

Kemenangan mereka turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad. Menerusi akaun instagram peribadi Sharnaaz, dia berkongsi di IG Stories dengan mengucapkan tahniah kepada pemenang.

“Tahniah Sha dan SOG, persembahan yang bertenaga , anda memang layak bergelar Juara”- ucapnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz mengucapkan terima kash kepada TV3 kerana memberikan hiburan yang dirindukan oleh peminat muzik selama ini.

“Terima kasih TV3 atas hiburan yang kami rindukan seperti sebelum COVID”- tulisnya

Sharnaaz menambah, sudah sampai masanya penggiat muzik tanahair membuat perubahan dalam menghasilkan karya dan tidak berada di takuk yang sama.

“Cukup dah kot, lagu asyik pusing-pusing bunyi sama. Ini adalah Independent!”- tegasnya.

Untuk info, SOG & Shila Amzah membawa pulang trofi bersalut emas dan wang tunai sebanyak RM100,000.  Seperti mana yang kita tahu, Sharnaaz dan Shila Amzah pernah menjadi pasangan kekasih, namun tidak berpanjangan. Masing-masing akhirnya memilih kehidupan sendiri, Sharnaaz dilihat memberi fokus terhadap bidang lakonannya manakala, Shila meluaskan sayapnya sebagai penyanyi di peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun, mereka saling memberi kata semangat antara satu sama lain. Sweetkan?

[VIDEO] Shila Amzah Pertama Kali Ke Kedai 'Berhantu', Netizen Terhibur!-"Habis Laa Shila Dah Tahu Tempat Ni..."
pelukan angkasasharnaaz ahmadshila amzah
https://lomp.at/tc0rt
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Foto - @abcdefghijaz_ (Threads)
Lokal

Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini…

by Nurul A.
February 26, 2026

Penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengerjakan ibadah solat baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu dilihat...

Read moreDetails
Lokal

Jep Sepahtu Tinggalkan Sinar FM, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu membuat pengumuman mengejutkan peminat bahawa dia mengundurkan diri sebagai penyampai radio di Sinar FM....

Read moreDetails
Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Insentif Mahasiswa Anak Johor RM200 Dibuka Untuk Pelajar IPT, Ini Cara Mohon & Semak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara