Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Shawn Mendes Di Kuala Lumpur! Lihat 5 Hal Yang Tak Dijangka Berlaku

by Khai Azfar
October 7, 2019
Share on Facebook

Semalam, penyanyi popular antarabangsa Shawn Mendes buat pertama kali nya berada di Malaysia bagi menjayakan konsertnya bersama lebih dari 9,000 orang peminat di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.

Kejayaan konsert tersebut membuktikan Shawn masih diminati ramai biarpun hatinya kini milik Camila Cabello. Namun begitu,di sebalik kejayaan konsert itu, terdapat beberapa perkara yang menyedihkan telah berlaku dan tidak kurang juga mencuri perhatian peminat. murai.my rangkumkan beberapa intipati tersebut.

Naik Bas Dari Singapura

Adalah menjadi satu kelaziman untuk para ‘die hard fans’ selebriti antarabangsa membanjiri ruangan Lapangan Terbang bagi menjemput dan mengiringi selebriti kesayangan mereka itu dari tiba dan juga pulang selepas berkunjung ke sesuatu tempat. Namun berlainan pula bagi Shawn.

Bagi peminat-peminat di Singapura, mereka ternyata kecewa kerana disaat mereka membanjiri Lapangan Terbang Changi, Singapura bagi mengiringi penyanyi dari Kanada itu terbang ke Kuala Lumpur, kelibat Shawn langsung tidak kelihatan! Ini adalah kerana kami difahamkan sebenarnya Shawn mengambil ‘jalan pintas’ untuk menaiki bas dari Singapura ke Kuala Lumpur. Bagi peminat di Kuala Lumpur pula, sudah tentu peminat di KLIA ataupun KLIA2 kecewa kerana Shawn Mendes tidak muncul.

Stuck at the JB custom for 2 hours today with Shawn Mendes was the luckiest thing that ever happened ?? pic.twitter.com/HEE5ZPyBhq

— จอร์เจีย (@jayhayleex) October 5, 2019

Namun sesetengah daripada peminat tergamam apabila melihat idola mereka turun dari platform Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur sebelum bergerak ke hotel penginapannya. Wow!

Kena Tipu Dengan Sindiket

Adalah sesuatu yang mengecewakan buat sesetengah peminat apabila tiket yang mereka beli menerusi beberapa platform sebenarnya adalah tiket palsu! Dengan harga tiket bermula daripada RM 258, RM 358 dan RM 428, dikhabarkan ramai yang terpedaya dengan sindiket haram yang menjual tiket palsu. Kesannya, mereka hanya mampu menunggu di luar Axiata Arena dan mendengar laungan jeritan peminat yang lain.

Bersiar-Siar Di Suria KLCC Seorang Diri

Jika selebriti lain, sudah tentu akan diiringi oleh pengawal peribadi mahupun pengawal keselamatan yang menjaga mereka setiap masa. Tetapi tidak bagi penyanyi berusia 21 tahun.

Yep casually bumped into Shawn Mendes at KLCC today ?✨ pic.twitter.com/j5mK5b7Gaa

— rabiyah (@rabi_abdrzk) October 6, 2019

Di laman sosial, peminat sibuk memperkatakan mengenai Shawn yang bersiar-siar seorang diri di Suria KLCC seorang diri! Sempat mengunjungi beberapa buah butik terkemuka serta dilihat berjalan di kawasan sekitar, sudah tentu peminat enggan melepaskan peluang merakam detik idola mereka berada di hadapan mereka.

https://twitter.com/evalysa_/status/1180865895632998400

Kurang Ajar?

Di sebalik kunjungannya di Suria KLCC, terdapat sebuah suntingan video yang memperlihatkan Shawn enggan bergambar dan cuba melarikan diri daripada seorang peminat yang cuba mengambil gambarnya.

Dek kerana perilaku tersebut, ada yang beranggapan Shawn seperti tidak mesra dengan peminatnya dan ada juga yang menganggap peminat tersebut yang kurang ajar kerana tidak meminta izin terlebih dahulu untuk bergambar bersamanya.

Ada yang pergi konsert sampai kena scam ticket . Tengoklaa shawn bapak sombong . atau dia taknk tarik crowd . aku pon tak tahu but this kinda rudes

https://t.co/y7U2WlEIoL

— Separuh Iblis Separuh Malaikat (@V_city7) October 6, 2019

Apa pun kami harap Shawn mempunyai kenangan yang manis sepanjang berada di Malaysia!

shawn mendesshawn mendes Kuala lumpur
https://lomp.at/rtqef
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Terdesak, Victoria Beckham Rayu Brooklyn Kembali Ke Keluarga

by Nurul A.
March 25, 2026

Selebriti dan pereka fesyen, Victoria Beckham akhirnya mengalah apabila dia dilaporkan sangat terdesak untuk memulihkan hubungannya dengan anak sulung, Brooklyn...

Read moreDetails
Foto - @austinskyyyy (X)
Hollywood

[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’

by Nurul A.
March 4, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan penerbit rekod Benny Blanco menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas penyanyi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara