Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Shidi Data Kini Jual Acar Buah, Titip Nasihat Buat Rakan Selebriti

Acar Buah Kenduri 7 Keturunan merupakan perniagaan yang dijalankan bersama ahli keluarganya

by Khai Azfar
September 3, 2021
37
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Data, Shidi kini menjalankan perniagaan acar buah bagi meneruskan kelangsungan hidup berikutan terkesan dengan impak pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak tahun lalu.

Jual Acar Secara ‘Online’

Menurut Shidi atau nama sebenarnya Rashidi Rashid,48 dia baru sahaja menjual acar buah tersebut secara atas talian beberapa bulan yang lalu namun bidang perniagaan bukanlah baharu buatnya. Sebelum ini, Shidi terlebih dahulu menjual pakaian di tapak-tapak karnival dan perniagaan.

https://www.instagram.com/p/CTCC3YCBUdj/

Namun, berikutan kerajaan telah mengumumkan Prosedur Standard Operasi (SOP) pada Mei lalu yang tidak membenarkan sebarang bazar mahupun tapak perniagaan selain makanan diadakan, Shidi mencari peluang yang lain. Malah, faktor penutupan industri kreatif sehingga kini juga membuatkan Shidi untuk terus berniaga.

“Saya sebenarnya dah lama berniaga. Dulu masa persembahan di karnival mahupun tapak-tapak bazar dibenarkan, saya akan turut berniaga. Kalau tak boleh menyanyi saya akan buka kedai bundle disitu. Malah masa Ramadhan lalu pun saya sempat menjual kurta. Tetapi bila kerajaan dah umumkan SOP baru, anak seni pun tak boleh berlakon mahupun menyanyi secara langsung, semuanya tergendala dan saya cari jalan lain untuk mencari pendapatan. Maka terhasillah perniagaan acar buah ini” ujarnya

Jelas Shidi ketika dihubungi Murai.my, acar tersebut yang dinamakan sebagai Acar Buah Kenduri 7 Keturunan merupakan perniagaan yang dijalankan bersama ahli keluarganya. Malah idea untuk menjalankan perniagaan ini juga terjadi secara tidak langsung selepas mendapat pujian daripada jiran-jiran terdekat.

“Ini PKP yang ketiga. Bila dah boleh buka sesetengah sektor dan ditutup kembali saya jadi buntu terus. Jadi saya terfikir kena cari sesuatu yang boleh dibuat sendiri di rumah. Itu yang keluarnya acar 7 Keturunan. Nama 7 keturunan sebab saya dan ahli keluarga sama-sama buat dan menampakkan ia sebagai tradisi memandangkan ini merupakan resipi keluarga.

Pada asalnya tak terfikir nak jual pun. Hanya sekadar masak dan berkongsi kepada jiran-jiran. Tetapi bila semuanya cakap sedap kami terfikir untuk mencuba nasib menjualnya pada PKP kali ini. Alhamdulillah, acar ini pun boleh dimakan dengan apa sahaja” kongsinya lagi

Titip Pesanan

Dalam pada itu, bekas peserta Gegar Vaganza 3 ini turut berpesan kepada orang ramai terutamanya rakan-rakan selebriti yang terkesan agar tidak malu dengan tanggapan orang apabila selebriti memulakan perniagaan untuk mencari rezeki.

“Sekarang ini ada ramai kehidupan anak seni yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Yang kalau ada gaji Alhamdulillah tetapi buat yang tak ada itu? Bayangkan daripada bulan Mac sehingga kini, kerja tak ada dan selama itu tak ada gaji. Jadi apa yang kita boleh buat? Nak mengharapkan duit simpanan, mesti dah habis”

“Kadang-kadang orang diluar sana tak tahu yang anak seni gigih berusaha nak cari rezeki cuma ada yang nampak dan mungkin ada yang tidak nampak. Kalau di atas pentas saya selalu cakap, saya ini tengah bekerja dan kerja saya adalah menghiburkan mereka”

“Apabila ada ruang dan peluang, berniaga sahaja sebab kalau tak cuba kita tidak akan tahu. Sementara masih ada tenaga,kita teruskan mencari sumber pendapatan yang boleh menyara keluarga. Kalau kita duduk rumah tanpa berbuat apa, siapa nak bagi kita duit? Jadi mulakanlah perniagaan” pesan Shidi

Sebagai info, Shidi mekar bersama kumpulan Data sejak tahun 1992. Popular dengan lagu Permaisuri, Shidi masih aktif berkarya sehingga ke hari ini dengan sering membuat persembahan di pelbagai acara selain mengusahakan beberapa perniagaan.

Shidi Data
https://lomp.at/h5agw
Share15Tweet9SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”-Azar Azmi Mohon Doa Orang Ramai

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang membantu individu rapat yang digelar sebagai 'Abah' yang...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
Lokal

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

by Naddy Joe
March 3, 2026

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @mohd_benladin (IG)
Lokal

“Saya Tak Beraya Sebab Gaji Tak Dapat Lagi”- Individu Kesal Ben Ladin Culas Bayar Gaji

by Nurul A.
March 25, 2026

Nama Ben Ladin menjadi tumpuan ramai selepas seorang individu tampil meluahkan rasa kesalnya apabila penyanyi rap itu didakwa belum membuat...

Read moreDetails
Foto - @noradanish (IG)
Lokal

Nora Danish Sokong Hubungan Baru Bekas Suami- “Itu Doa Saya Setiap Hari

by Nurul A.
February 9, 2026

Pelakon Nora Danish mencuri perhatian ramai apabila tampil meluahkan sokongan dan doa ikhlas buat bekas suaminya, Nedim Nazri selepas dikhabarkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara