Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Hadapi Situasi Sama Seperti Shila, Adzrin Adzhar Dedah Dihina Pelakon Veteran

by Soph Azz
July 16, 2025
Foto - @adzrin_adzhar (IG)

Foto - @adzrin_adzhar (IG)

Share on Facebook

Sejak penyanyi Shila Amzah muncul mendedahkan bahawa dia telah diserang dan diherdik oleh seorang penyanyi lagenda, seorang penyanyi dan guru vokal Adzrin Adzhar tampil membuka mulut. Menerusi Instagram Stories di akaun peribadinya, Adzrin mendedahkan dia turut mengalami situasi yang seakan sama seperti Shila. 

Kongsi Adzrin dalam hantaran Instagram Stories baru-baru ini, dia meluahkan rasa kecewa selepas berdepan dengan layanan yang kurang profesional dan dianggap menghina daripada seorang pelakon veteran. 

“Bila baca kes artis kena herdik dengan rocker legend, aku rasa nak spill je kes aku kena herdik dengan pelakon veteran ni. Tapi aku diam je. Sebab aku husnuzon lagi.”

View this post on Instagram

A post shared by Adzrin Adzhar (@adzrin_adzhar)

Menurut Adzrin, salah faham antaranya dan pelakon veteran itu berlaku selepas dia cuba menjawab soalan yang diajukan dengan profesional sebelum dihina. 

“Tapi bila terima WhatsApp tiba-tiba hari ni nama aku di list out sebagai tenaga pengajar sebab pelakon veteran ni tak nak kerja dengan aku, sebab aku sejenis jawab soalan-soalan amukan dia, dan aku menangis bila kena maki.”

Foto – @adzrin_adzhar (IG)

Jelasnya lagi, pelakon veteran itu telah menghinanya kerana tidak bersetuju dengan konsep idea yang dicadangkan oleh Adzrin. 

“Cut story short, aku kena herdik kena hina yang aku level dia. Aku tak faham seni, dia tak nak kerja dengan orang macam aku, dia allergy dengan orang menangis macam aku. Oklah. Selamat berjaya artis tersohor.”

Foto – @adzrin_adzhar (IG)

Pada masa yang sama, Adzrin juga berkata dia tidak menyimpan dendam terhadap apa yang berlaku dan ikhlas dalam melakukan pekerjaannya. Dia menegaskan bahawa dia tidak akan membenarkan mana-mana individu untuk memijak maruahnya. 

“Aku takkan claim apa-apa sesen pun. Mesyuarat pertama aku ikhlas beri pendapat terbaik yang sesuai untuk pertandingan zaman sekarang. Jadi tiada harga untuk keikhlasan. Mesyuarat kedua, aku kena maki. Untuk maruah aku, tak ada harga sesuai sebab terlalu mahal.”

Apa pendapat kamu?

“Kalau Saya Tanggung Semuanya, Mustahil Saya Bahagia” – Shila Amzah Tempelak Tuduhan Suami Kaki Tumpang
adzrin adzharshila amzah
https://lomp.at/hgy7t
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
Spotlight

Dulu Dilabel Kayu, Lakonan Sharifah Rose Akhirnya Bersuara Sendiri

by Phic ARMAN
February 6, 2026

Drama Doa Yang Terlindung yang kini bersiaran menerusi Slot Akasia nyata mencuri perhatian penonton, bukan sahaja kerana jalan ceritanya, malah...

Read moreDetails
Foto - @amir.ahnaff (IG)
Lokal

[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib

by Nurul A.
March 13, 2026

Nama pelakon Amir Ahnaf menjadi perbualan ramai selepas video pendeknya yang berkongsi ciri-ciri wanita idaman telah tular di media sosial....

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Lokal

Mimie Haris Umum Telah Bercerai-“Untuk Elak Fitnah & Salah Faham…”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Penyanyi dan pengacara, Mimie Haris memberi makluman mengenai dirinya yang telah berpisah dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md. Dahilin setelah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara